- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Cik Reen Dating

Sunday, June 22, 2008

Cik Reen Dating

Aku & Awin
Aisehman, selalu aku tak tunjuk la ring aku kan. Arinie ternampak laks dalam gambo.
Am I Married? Nope! I'm Single But Not Available Now. (Tgu Konter Dibuka Kembali, k)

Bayangkan aku bersuka ria tanpa rehat sepanjang minggu nie. Cam nak tercabut lutut aku. Anyway, aku sgt gumbira la kan arinie. Akhirnya selepas beberapa tahun, aku jumper gak la cik adik sorang nie. Kenal dier dari zaman chatting kat mIRC tahun 2003/04 gitu. Baru la arinie aku bersua muka ngan dier. Awin @ Cik Wiween. Berjanji kat Lowyatt Plaza, aku teman Awin carik pendrive & headphone. Tp tak beli pun. Kedian, kiterorang lepak kedai mamak bersembang. Then, jejalan dalam Sg Wang tgk² kasut. Aduh ko nie Awin weh, sumer kasut kaler pink dier tgk. Seb baek aku bole tahan dier daripada berbelanja kasut. Motif carik mende laen, tp dok tgk kasut je kiterorang nie, biasa la kan, wanita gitu. Nice tol jumper Awin nie, sweet je. Comel pun ye. Tp, sepanjang aku kuar ngan Awin petang tadi, ada few things yg berlaku. Pelik² ajer. Mamak pegang pisang berdiri sebelah meja la, mat salleh ngorat aku la (tatau lar ngorat aku ke ngorat Awin). Hahahahahaha. Giler betol. Ko la Awin, kenyit² ngan dierorang naper? Akak ko nie tak bersalah tau, akak ko tak ebelebel, k? Akak ko sudah mempunyai kekasih hati tau! Kalo korang nak tau aper yg jadi, aku rasa elok korang g serang blog Awin@Wiween la. Mesti dier ada apdet ttg kiterorang nanti, not now la, dier penat tuh naek komuter. Around 6++pm, aku anto Awin naek monorel ke KL Sentral. Aku laks ada date laen. Jeng jeng jeng..aku date ngan saper?

Incik Tanpa Muka
The other date was in KLCC. Ehem, ekceli bukan romantic date pun. Just another lepaking session. Penoh ngan gelak ketawa. Itu aunty dalam gambo bukan my mum tau. Jgn salah paham plak. Aduhlah wahai incik, persal bikin lawak memalam gini la??? Well, citer sepenohnye kenot diciterkan. Kang aku laks termalu. Sesapa yg ada lepak sekali mlm tadi, korang paham sendiri la ye. Incik yg mukanye aku sudah crop nie pun, jgn salah paham plak, jokes je kan. Rasa cam nak ngorat pun ada, tp ntah ek. Hahahahaha. Geram tol aku ngan incik takder muka nie. So sweet & encem la incik takder muka nie. Serius je memanjang. Leks la bro. I gurau tau. Jgn larik tau~ Kiter kan kawan.

Nie aku ada cilok ayat dari blog Syam(http://aeropama.blogspot.com),
"Orang kata kalau perempuan yang memikat lelaki, itu namanya 'perigi mencari timba'. Memang perempuan itu adalah perempuan yang desperate. Come on guys! Ini zaman moden okay! Perumpamaan seperti itu dah tak relevan lagi. Kau (perempuan) juga boleh mengambil langkah untuk memikat lelaki yang kau sukai. Cuma biarlah ber'alas' sedikit. Nak tunggu lelaki yang buka langkah, memang membujang sampai ke tua lah. Di tambah dengan lelaki zaman ini yang pemalu, lagi lah parah."

Hahahaha. Terbaca plak kan. Apa patut aku buat seterusnya? Takkan aku yg nak ngorat lelaki? Ish korang nie, ada ke patut aku yg kena mengorat lelaki? Takbole takbole. Termalu ai tau! Lgpun aku sedar diri, aku tak lawa pun utk ngorat lelaki. Am Not a Supermodel utk sesker ati aku nak mengorat lelaki nie, kang sesia je aku kena gelak. Miakakakakakakakakakaka
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , ,