- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Pantun Seloka

Saturday, February 23, 2008

Pantun Seloka

Encik Baba jatuh dalam parit,Cik Aminah ketawa jerit jerit,
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit,
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit.

Limau purut masak di dahan,Batang selasih condong uratnya,

Limau purut tak boleh makan,Nanti sakit perut apa ubatnya.

Timang tinggi-tinggi,Sampai cucur atap,
Cucur atap tak sedap,Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap…

Nenek-nenek si bongkok tiga,Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,Bila dah empat, ha!! tak terjaga.

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan,
Kalau padi tu belumlah masak,Janganlah tuai, taklah layu-layuan.

Air pasang dalam,Surut pukul lima,
Date ngan balak sampai tengah malam,Bila dah kena cekup, tegak bulu roma.

Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing belang,
Kalau kau berani kejarlah kucing tu,Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak.

Buai laju laju,Sampai pokok sena,
Woii, jangan buai laju-laju,Nanti kang tercampak kat pokok sena.

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu,Pergi aje ke Kampung Pandan.

Tergelak aku baca ayat² Nakay (si 'bot') yg ada dalam cenel seharian nie. Bukan senang nak buat script 'bot' nie. Dibuatnye time server tgh giler meroyan..ambek ko... 'banjir' teros. Sesilap 'bot' aku laks yg kick si 'Nakay' nie kalo aku on remote script. Tuh pasal selama nie aku tak pakai script! Kang ada laks aku yg kena maki hamun. Ada sesaper ke nak jawab pantun seloka di atas?
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: ,