- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: My Bed

Sunday, July 27, 2008

My Bed

Bukan nak menunjuk apa dalam bilik tidor ku. Tp just sekadar layan tag dari Incik Kos. Kos tunjuk umah dier yg siap masok majalah, aku tunjuk la apa yg ada dalam rumah sewa ku. Aku tak beli la rumah aku duduk skrg, aku just sekadar menyewa. Reta beli kat tmpt laen la. Tak masok majalah takpe, cukup la sekadar masok blog. Hikhikhikhik~ Nah Incik Kos, this is what i have. Aku akan tunjukkan part by part. Arinie Bilik Tidor ku dulu @ Katil ajer la pun.

Katil Ku Surga Ku
My Bed With New Bedsheet & New Curtains
I Like the Tiang², bley bergayut. Bole ikat memacam juge kan Incik Kos kan? Blwek... :þ

Bedsheet nie aku beli kat JJ tahun lepas masa J-Card Day Sale. Aku ada byk comforter sets. Ada kot dekat 10 dah. Miakakaka, aku pantang tgk comforter set. Janji ada kaler biru, mesti aku sambar. And most comforter sets aku mmg beli di JJ. Aku rasa JJ nie barang² dier bole tahan murah, aku mampu beli la. Yg kain utk katil aku tuh plak, aku tempah kat salah satu kedai langsir kat Pandan Jaya. Sonok hias katil yg ada tiang nie. Dulu aku ingin nak buat bilik tido ku cam utan. Nak jer gantung lilitan daun² & bunga² yg ada dijual di Living Cabin. Tp bila pikir ttg satu habit aku yg sker tetukar mende dalam bilik, aku kensel. Kang jenoh plak aku nak kekemas. Langsir bilik tidor aku pun baru. Baru pasang la. Kainya aku beli kat Jakel Masjed India bersama Misha_Mi @ Zura beberapa bulan yg lepas. Then Zura tlg kasik kain nie kat Mak Mertua dier utk dijahitkan. Aku nie kan, sker mende yg simple. Ada 3 lapis langsir nie. Tp aku suh orang jahit sekali gus, jimat railing. Tap pun pasang sekali harung. Hah, jimat kan? Tak perlu pasang 3 railing kan? Orang nak pakai lapis² nye langsir, aku pun nak gak. Selalunye langsir mmg aku lebey sker beli kain then jahit drpd aku beli yg dah siap. Even langsir ruang tamu aku pun buat cara yg sama. 3 helai sekali jahit. Aku ada habit yg sama cam mummy aku yg sker tetukar langsir. Seb baek la umah aku nie sliding door 2 keping je. Kalo umah pemeli aku, ya ampun, dah la tinggi, beso plak. Mampos aku yg selalu jadi tukang pasang langsir. Sian mummy aku, dier kata aku sorang je yg terer pasang langsir umah nie, kena tgu aku balik baru la bertukar langsir. Nak arapkan adik aku tuh, dier gayat kot aku rasa, sbb tuh dier sanggup suh aku balik sekadar nak tukar langsir.
I'm A Bz Bee

Comel tak? Cam kekanak je aku nie. Masa kecik, mummy aku akan jahitkan cadar aku kaler pink & pepel! Dan katunnye mesti Smurf! Aku tatau naper mummy aku sker smurf. Sampai skrg cadar² aku masih ada. Disimpan baik. Memandangkan set bilik tidor aku kat umah pemeli sudah ditukar dari single ke queen, aku akan beli satu set comforter setiap tahun utk katil di sana. Uhuks, sian katil ku di sana. Tak diguna.

My Bed In Kuching - I Love Blue

See, aku mmg sker kaler biru. Bilik tidor pun kaler biru. Nie takbole la aku nak pakai katun² kan. Kang mummy aku bising plak aku nie tak sedar diri dah tua ke aper. Terpaksa la aku pakai yg corak gitu je.

My Partners In Bed- My Bebears

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , ,