- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: How Deep Is Ur Love?

Friday, July 04, 2008

How Deep Is Ur Love?

Rabu aku cuti sakit kerana demam & lenguh² badan. Maybe orang kata badan aku manja, tp hakikatnya aku yg tanggung demam & sakit badan aku sampai nak berjalan ke klinik pun terhoyong hayang. Semalam aku gi keje cam biasa. Demam pun demam la. Tp aku tak sker kalo rakan sekerja mengata aku nie terlalu manja. Sblom aku gi keje, aku dapat sms dari 'jauh'. Ar? He is coming to KL to visit me sbb aku demam. OMG! After almost 3 years he left me? Dush... kecepek aku terduduk. Betol ke dier nak jumper aku nie? Dier sayang lg kat aku ek? Demam pun datang melawat. Aku keje cam biasa, then after keje, aku tgu dier. Aku ambek dier kat Ampang Poen (ampang point la), tuh je lar tmpt dier tau nak tuju. Lelaen tmpt ko suh dier pegi, mampos dier sesat. Dah jumper dier, eheks, teman dier gi beli baju & barangan keperluan. Dier datang sehelai sepinggang ok? Hahahaha..giler mamat nie. Datang jejauh sehelai sepinggang. Gamble ajer dier nie. I really miss him. I miss everything about him. Dia adalah salah sorang yg menerima seadanya diri ku. Kesah lama itu amat kelakar. Memasing ego & keras kepala & kepala angin & sengal. Takkan nak aku plak cakap aku sker dier dulu? Eii, not my style la. Aku pun tgu dier nak declarekan dier sker & nak kat aku, tp dier plak tgk aku nye kepala angin, takot plak nak luahkan. Last² mende tuh berlalu camtu. Dier teroskan idop dier, aku teroskan idop aku. But we still keep in touch tru phone. Jauh pun jauh la. Kopak gak lar poket spentot dier & spentot aku sbb phone nie kan. Gi dinner & makan satay. We talked abt the past. Aduh, kesah lama nie kekadang wat hati aku terguris. Salah aku ke? Memasing ada wat salah. Dan memasing terima yg kami nie tiada jodoh sebagai pasangan kekasih, maybe jodoh kiterorang setakat sbg kawan rapat. Biasanya sesetengah orang selesa lagi berkawan daripada berchenta. Kalo berchenta nie kang, kenot go plak. Anyway, I'm happy to see him again. Adakah bunga² api itu akan meletop sekali lg di dalam hati masing²? Hanya Tuhan yang tahu. Aku? Biarlah rahsia. Biar masa yang menentukan. Aku biar ianya mengalir buat masa skrg. Tatau la sok lusa, tahun depan ke tahun 2010 ke? We never know kan? Lgpun aku kan masih single lg. Miakakaka... Gambo tidak disertakan kerana beliau tidak mengizinkan gambonya diambil- Tidak Baik Untuk Kesihatan katanya. Aku pun sambong - U Bukan Untuk Tontonan Umum juge k dear?? Yg pasti, demam aku teros ok sket pas aku jumper dier. KohKohKoh~ Gediknya la statement!

Nota² pengajaran dari kuku kakiku: Aku masih single lg k. Hati aku belom dimiliki. Kalo nak ngorat aku, cakap teros terang. Kalo tak aku akan ingat korang yg lelaki² ini memaen je. Pastu aku terlepas kat orang laen, baru padan muka ko. Kalo ko kasik hints pun aku tak nampak & tak perasan, pasal aku nie kan sengal. Selagi ko tak cakap direct, selagi la tuh aku takder respon. Bengong! Aper susah sgt nak cakap yg ko nak ngorat aku?? Show me How deep Is Ur Love la... (Miakakakakakaka...eii.. geli plak aku menaep ayat² di atas itu.. nak muntah ijo je.. )
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , ,