- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Red Apple For A Greenday

Friday, April 18, 2008

Red Apple For A Greenday

Hoye~ Arinie ari Jumaat. Sgt bahagia. Kenapa bahagia? Kerana ada 2 hari utk rehat yg tak braper rehat itu. Sok aku kena gi keje juge sekejap untuk 'tunjuk muka' je. Surprisingly, arinie ada beberapa orang memakai pakaian kaler ijo. Pepagi lg aku bertembung ngan dier nie. Hehehe, sama laks kaler baju kiter ek bang. Ala bang, aku tau baju tuh baju sanding ko. Aku kan pegi kenduri ko aritu. Pepagi buta aku suh berdiri kat sebelah, meh meh ambek gambo. At least aku ada idea sket nak share dalam blog. Abg nie pun biasa la, semangat dier berdiri kat sebelah cam nak nyanyi lagu Negaraku. Rasa kecik je biler berdiri sebelah dier. Eheks, anyway bang, congrates for the newborn baby aritu. Abg nie dah dapat 2nd baby. Sepasang dah anak dier. Tp si Ali yg menangkap gambo nie, sah tangan dier mengeletar. Nak kata ada penyakit parkison, tidak. Tp mmg tangan dier kuat mengeletar lar. Betol la ko nie kelam kabut la Ali.
Greenday Friday

Cam biasa, arinie aku kena anto la kertas² yg aku sudah ketip itu ke opis. Kuar je dari opis, aku dengo ada orang dok pangey nama aku la plak. Seb baek la dah dekat tghari. Kalo memalam or pepagi buta, mmg aku tak toleh blakang sudah. Erkk... Lady D ( nama panggilan dier la.. dier tak kasik expose nama dier or gambo dier pun dalam blog aku nie) datang melawat kiterorang selepas 4 tahun dier meninggalkan kami. My ex-colleagues, Lady D me-resign-kan diri dari bidang aku tgh ceburi skrg dengan GOMEN kerana di atas beberapa masalah yg menyebabkan dier tidak berpuas ati. Dier benti 24jam gitu. Giler kan, dier mmg sungguh brani. Sungguh aku tabik spring kat minah nie. Dier pegi plak ke pihak swasta. Dan di sebuah kolej terkemuka, dier bertemu ngan jodohnya, sorang mat salleh. Dier baru sajer mengakhiri zaman anak daranya tahun lepas. Dan bulan depan dier akan bertolak ke negara omputeh itu untuk menetap di sana. Sangat besh kan? So, kiranya arinie dier datang melawat kiterorang to say Goodbye. Sambil itu, kiterorang sempat juge menom secawan kopi sambil bersembang. Sesembang kesah kekawan lama. Dier nye pot pet pot pet cam dulu menikam kalbu juge la. Berdesing juge tinger aku biler dier tanya aku biler lagi mao mengakhiri zaman anak dara. Alar Lady D, leks la dulu k. I masih muda (byk la aku nye muda). Lgpun I haven't meet my Mr Right. Eheks, ada juge aku ikot cara ko nanti Lady D. Sgt syiok biler dier tunjuk gambo hubby dier itu. Such a nice kapel la dierorang nie. Smoga Lady D akan teros bahagia ke anak cucu. Cepat² bikin baby tau Lady D. Nak tgk baby nye itu nanti ikot kulit maknye yg itam manis or ikot bapaknye yg putih melepak itu. All the best Lady D. Gonna miss u oso Lady D. Dulu² kiterorang kalo gi camping, mesti aku kena tido se-khemah ngan dier. Nice kan? Pastu kiterorang akan mula la berciter kisah suka dan duka memasing. Well, aku ngan Lady D ini dulu sesama menghadapi masalah yg lebey kurang serupa mengenai kisah Chenta Dalam Hati. Aku ngan Lady D ini se-agama la kiranye kan, terjatuh chenta plak bangsa & agama yang laen. Namun, Lady D ini 'tersungkur' dulu daripada aku, dier 'bangun' dan meneruskan kehidupan. Kini dier bahagia bersama suaminye yg terchenta.
Lady D & Me
* Disebabkan Lady D tidak mahu gambo mukanya di ambil, so dier hanya merelakan gambo kasut or kakinya diambil. Aku tau ramai blogger sker ambek gambo kasut, dan aku akui aku mengikuti jejak langkah mu itu. (Credit to RedMummy di atas idea gambo kasut² rakan beliau)


Selepas Lady D mengundurkan diri untuk pengurusan Visa-nya. Aku pun meneruskan ektibiti tengahari Jumaat ku. Jumper My Beloved Mentee. Aku nie mentornya. Apersal ntah arinie dier kasik aku sebiji epal (sebenarnya arinie aku dapat byk epal dr yg laen juge.. ada la kot 4 biji). He said thank you for being Mentor dier (cam rancangan aper ntah dalam tibi yg ader mentor nyanyi² tuh kan). So sejok hati aku dengo kata budak nie. Dier siap kasik kertas ucapan lg utk aku. Aku plak tak dan nak baca. Aku letak je atas meja, sok baru baca ek sayang. Cicer dah tak larat nie, kepenatan, mahu pulang ke rumah utk beristirehat.
Jefri & I with the red apple.

Apple & Kertas Ucapan Jefri

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , , , , , ,