- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: LoneRanger In Genting

Sunday, April 13, 2008

LoneRanger In Genting

Tghari semalam selepas mengalami tekanan perasaan yg 'kentel', aku kemas beg aku. Bawak sehelai baju & beberapa barang keperluan wanita la kan. Aku tahan teksi kekununnye nak gi Ampang Park ambek Putra LRT ke Gombak. Sesembang ngan teksi driver, aku disaran untuk mengambil bas dari PASARAKYAT. Aku pun pegi la beli tiket, seb baek tinggal beberapa minit je, bas nak gerak. Aku pun sms para rakan esp si Ezna, memberitahu aku hendak pegi ke Genting berseorangan, kang jenoh plak minah nie gegar umah aku biler aku menyepikan diri. Aku dah lama tak gi Genting nie. Sajer jer sker², ambek angen sejok bg menyejokkan hati yg tgh panas nie kan. Aku siap naek skyway. Hehehe. Seb baek la aku nie bukan jenis yg gayat. Syiok layan scenery, indah sungguh ciptaan Tuhan. Aku sampai kira² jam 3.30petang. Mencarik makan, makan kat Merry Brown. Siap possing la, set timer je kat kamera, takder orang nak tlg ambek gambo. Sian kan, sesorang. Manader gambo aku sgt pun. Giler ke aper kang aku mintak tlg orang ambek gambo, camera aku plak kena songlap.Pas makan², teros ke Apartment Ria. Menapak la turun ke bawah sesorang. Pergh, turun bukit boleh lar, nak naek tuh aku tak sanggup.Pastu aku pun kuar balik, menuju ke First World Plaza. Hoye! Destinasi seterosnye, CASINO! Aku lepak kat casino sampai kol 3 pagi. Maen mesin slots. Tgk orang berjudi. Harharhar. Mereng sungguh. Aku bermodalkan RM250 untuk maen mesin slots. Segala game aku layan. Teng teng teng, ada satu mesin aku dapat RM547.00. Aku teros benti, gi kuarkan duit kat mesin. Menang tau! Menang! Lepas lar modal aku gi melepak kat Genting kan. Just for fun. Pergh, sungguh tak sedar masa berlalu begitu cepat. Dah kuarkan duit kemenangan, tolak perbelanjaan aku, ngan duit yg lebey itu aku bole layan balek game. Sampai kalah balik. Miakakaka... aku kerugian RM50 je la. Kiranya duit makan untuk semalam. Nuthin to lose pun sebenarnya. Kalo aku duk umah pun, aku mungkin blanja amount yg sama juge. Well, I love the casino. Sgt besh. Siap ada show, nyanyi², awek² seksi. Minuman free yg tak braper sedap, nescepe dier je yg rasa nescepe, air oren dier rasa cam air paip je. Selepas aku tidak mengalami keuntungan, aku pun tgk jam, sudah jam 3 pagi! Huwargh, padan la aku rasa dah tak larat nak tekan butang mesin slot itu. Ngantuk & penat. Perabeskan duit dalam card, aku pun balek, balek tido! Sejoknye la nak tido. Mengeletar. Aku plak terlupa nak bawak stokings. Selubung la dalam selimut sampai totop paler. Tinger aku sejok giler. Bgn tido around 10pagi selepas dikejotkan ngan panggilan tepon. Sesiap, check out.Aku lalu casino lg masa nak ke skyway. Rasa cam nak masok, tp takkan aku nak bawak beg plak kan. Ish..takbole takbole. Balik KL, kang sesilap aku tak balek kang. Aku tgk orang sumer berteman, berkawan, berkeluarga. Aku? Sesorang. LoneRanger in Genting. Naek skyway balek. Then naek bas. Balek umah, teros tido. Penat!!!!!!!!! Dan plan lg, biler nak naek. Casino casino, Here I come, kalo ada duit lebey la, maen utk abeskan masa. Sampai ke tido pun aku dok dengo, kreng kreng kreng, bunyi mesin slot. Kalo la aku dapat JACKPOT, alangkah bahagianya. Huhuhu, berangan je la. Manader orang kaya maen judi. But we never know kan, orang kata nasib. Luck~

Pesanan Penaja untuk pembaca- Saya bukan Melayu & Bukan Islam, so saya bebas masuk ke dalam casino, macam casino bapak aku yg punye.

Pesanan untuk Mai & Udin. Bukan taknak ajak. Tak plan pun. Korang jgn lar gelak tau! tgk gambo² aku yg takder orang ambek itu. Muekekekeke..jgn la GELAK..kan aku kata..JGN GELAK... aku tau aku mereng

Tiket bas ke Genting. RM8.50 termasok Skyway fare.


Bas ke Genting

Takder orang nak ambek gambo aku. Ambek la sendiri, jadilah.

Pemandangan dari dalam Skyway. Canteknya.

Buh kamera atas meja, say Cheese
Rotate itu gambo, kurang menjadi.

Tiket casino

Pintu Apartment.
Kelakar je, tak dan nak letak tangan, kamera dah KLIK.


Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , ,