Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Friday, May 20, 2011

Aku Seorang Yg Garang & Tegas

Hiks. Akhirnya terbuka hati ingin berkongsi rasa untuk pertama kalinya buat tahun 2011.
Baru² ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Dan aku telah diundi sebagai GURU WANITA YANG PALING TEGAS (setelah perkataan 'GARANG' itu ditukarkan ye).

Aku bertanya juga kepada murid² kesayangan intan payung ku, adakah aku seorang guru yg sangat garang??

Mereka menjawab:'Takde la garang sangat, tapi kami takut la kat Teacher bila dalam kelas. Lepas kelas, luar kelas, takder la takut sgt. Takut masa dalam kelas je. Tak boleh main².'

Dalam hati aku pun nak saje menjawab 'korang datang sekolah nie nak memain je ke?'

Heh, these photos were taken when I'm at work. Garang Ke???
Ketika sedang bertugas di luar.

Serabut memikirkan keadaan perpustakaan.

Ketika sedang berdiskusi bersama AJK² PIBG.


Ketika berada di padang yang becak & lecak!

Mencangkul pasir di padang sekolah


Sikit punye sempoi la aku nie dikatakan garang?? Choyhhhh~Hahaha... :þ

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru & Hadiahku

Selamat Hari Guru kepada sumer rakan² seperjuangan ku yg bergelar GURU. Arinie wlpun Hari Guru... aku kena jadi tukang cat dinding. Hadiahku kepada sekolah terchenta-sekolah pertama yg menjadi tempat aku mencurah segala 4 kerat. Wlpun penat selepas bekerja selama 5 ari, arinie aku & rakan² tetap bersemangat untuk mengerjakan dinding² skolah. Aku rasa nie kali ke-3 aku wat mural. Bila bangunan di cat baru je, abes mural aku dipadam ngan cat baru. Braper kali agaknye aku nak kena buat mural kat dinding yg sama nie? Dinding yg sama je weh aku dpt setiap kali kena buat mural, mmg JODOH aku ngan dinding nie!

I Love BLUE
Aku rasa aku makin melebar. Yeah..mgu lepas aku potong rambut. Krn sesi cat mengecat nie juga.. abes suar aku jadi kalerpul! Aku buat dinding nie sesorang sbb aku tak sker hasil kerja tangan aku dikaco oleh tangan laen. Kedekot kan aku? Hasilnya akan aku postkan lg 2mgu. Aku bz di stadium mgu depan.


Nie aku nak citer ttg hadiah hari guru aku plak utk tahun nie. Ini merupakan hadiah yg pertama aku dpt sempena Hari Guru 2009. Aku dpt surat ini semalam... dan ia membuatkan aku senyum panjang lebar cam kerang musyuk sepanjang hari... sampai ke mimpi laaaaaaaaaa... teng teng teng......
Urusan Paduka Baginda

Taraaaa..
Hiks... hadiah yang paling best aku penah dapat utk HARI GURU.
Aku akan menerima ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG bg tahun 2008
Cemerlang ke aku nie? Hahahaha...
TQ TQ TQ kerana penat lelah ku dihargai!

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Tuesday, April 07, 2009

I Malu La..

Aku Yg Pemalu

Hahahaha... aku perasan arinie ramai yg masok blog aku dari blog kak Red. Mati la... aku nie cikgu.. tp entry merepek je dlm blog nie. Tp, blogger² yg masok sini jgn salah paham la k.. ye.. mmg aku seorang guru, tp aku juga ada life aku sendiri dimana aku sgt la jarang citer ttg 'kerja' ku di sini. Blog tmpt aku merepek kerepek. Wlpun entry² dlm blog nie ada yg 'biol' & 'sengal' & 'merepek', koje rasmi aku tetap tip-top! (Tip top ke? Bole la...) Adehhh dehhhh dehhh... malu la.. untuk kak Red, reen hanya tolong mana yg mampu & syukur semuanya sudah selesai. Hiks~

Sekian, saya yang berkhidmat untuk negara...

p/s: fenat, baru balik dari urusan tournament bowling MSSKL.. dah berhari tinger aku terngiang dengo bunyi pins jatuh je.. sampai ke tido la aku dok dengo...fuhh.. hebat sungguh anak² zaman skrg maen bowling.. high score setakat ini, 269 by a primary school girl!


Selingan Iklan: Mari Kiter dengo lagu...
安靜

曲/詞: 周杰倫
Music/Lyrics: Jay Chou


只剩下鋼琴陪我談了一天
睡著的大提琴
安靜的舊舊的
我想你已表現的非常明白
我懂我也知道
你沒有捨不得
你說你也會難過我不相信
牽著你陪著 我也只是曾經
希望他是真的比我還要愛你

我才會逼自己離開
Chorus
你要我說多難堪
我根本不想分開
為什麼還要我用微笑來帶過
我沒有這種天份
包容你也接受他
不用擔心的太多
我會一直好好過
你已經遠遠離開
我也會慢慢走開
為什麼我連分開都遷就著你
我真的沒有天份
安靜的沒這麼快
我會學著放棄你
是因為我太愛你


Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Saturday, March 28, 2009

Keje Di Bendang Sudah Abes

Phewww. Selesai sudah event di 'bendang'. Penat wor. Cam nak tercabut paler lutut aku. Smgu berpenat lelah, akhirnya tadi adalah kemuncak aturcara. Malas nak menaep pepanjang, jari pun mengeletar lg nie (sampai mengeletar lar penat). Mari layan gambo yg tak seberapa byk nie.. tak larat la aku nak load bebanyak.. wat semak blog aku je...

Padang Yg Menjadi Bendang Bila Ujan

Terbenam Kaki Budak Nie Di Dlm Lumpur- Nama pun Kuala Lumpur

Maskot Rumah Kuning- Seekor Lebah
So Kiuttttt..
Rasa cam nak pinjam je sayap & Ekor Afif nie

Maskot Rumah Merah- Seekor LadyBird
Tema Serangga Ka?

Peace
Geget Sudu Punye Game...

Acara Guru Lelaki & Para Bapa
Giler Semangat Kentang Para BAPA nie Tarik Tali

Guru Lelaki & Staff Skolah
Tarik Punye Tarik.. Tetap Kalah Ngan Kaum Bapa

Kasut Aku & Kasut Fikry
Mmg kena sental la kasut nie jap lg..


Cedapnye Dier Nie Makan Eskrem

p/s : Smoga Aku Pun Dpt Makan Eskrem Gak La Mlm nie... hiks
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Thursday, March 26, 2009

Padang Or Bendang?

Minggu nie merupakan salah satu minggu yg paling bz dlm hari bekerjaku. Tetiap tahun lar, mesti ada satu mgu tuh kami akan bz sebegini. Yg kurang beshnye tahun ini.. aku rasa aku cam turun ke bendang. Ari² ujan siot, sampai aku terpaksa tarik kaki suar.

Peace
Langit nampak terang, tp mlm tadi ujan lebat, so begini lar roper padang. Macam bendang je. Kaki suar aku terpanjang sket, so terpaksa dinaikkan.

Mus Pun Menaikkan Kaki Suarnye Wokey


Kerana Kami Takmao Suar Kami Terkena Lumpur Seperti Mana Kasut Budak Ini Tercalit Ngan Lumpur... waaaa.. kalo terkena suar, mampos aku nak menyental.

Mak Dara & Anak Dara Mengumpat

Miakakaka... Adegan Yang Jarang Kiter Lihat.. Aku pun tak pasti apa yg dibincangkan di tepi padang oleh mereka bertiga. Dan yg aku musykil.. kenapa ada seorang budak di belakang mereka juga mencangkung? Jadi Bodyguard ka?

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Monday, February 23, 2009

Bawah Bumbung Pun Jadi

Sudah beberapa ujung minggu aku sgt kebizian. Bz ngan keje & kelas. Ujung minggu yg lepas, ada camping la plak - Kem Kepimpinan Untuk Pengawas (Pengawas Skolah & Pengawas Pusat Sumber). Aku ingatkan camping kat padang, sekali camping bawah bumbung tapak perhimpunan, atas alasan, takot ada serangga yg berbahaya & juga cuaca yg tidak menentu serta utk kesenangan anak² kecil ini utk ke tandas. Ari Jumaat sblom maghrib aku sudah berada di skolah. Tgk dierorang nie pasang khemah. Sian kami guru² wanita yg digelar 'anak dara tua' ini, dikerah dtg waktu malam plak. Miakakaka..redha ajer lar, udahnye takder suami ke, anak ke nak dilayan kat umah, kena lar dtg keje memalam. Aku gelak ketika mereka ini memasang khemah memasing, ada yg dah pasang, kembali rebah khemahnya. Ada yg tak terpasang-pasang, ada yg terbalik ditiup angin, ye lar, takder tanah utk dipacak. Khemah tuh main letak je. Petang itu, aku tgk sekitar khemah masih cantek, bersih dan kosong. Aku menyiapkan segala tugasan yg tertunggak pada mlm tuh juga, hampir tghmlm baru aku pulang ke rumah (giler kan.. cikgu keje sampai tgh mlm).
Khemah Baru Didirikan
Masih bersih persekitarannya

Keadaan Yg Keesokkan Harinya
Ya Ampun.. Macam Kena Ribut! Bersepah Ngan Segala Beg! Pakaian ada di merata, atas lantai, atas khemah, celah beg, celah pokok nak je aku kutip pastu aku gantung kat tiang bendera.

Nie Dah Macam Nak Naik KapalTerbang Punye Beg
Hahahaha.. kekadang aku geli hati tgk gelagat bebudak nie. Camping 2 mlm, tp begnye macam nak pegi seminggu. Yg mengemas beg, sudah tentu para ibu, segala selimut, bantal sumer sumbat! Ada yg bawak toto lg. Seb baek takder yg bawak tilam.

Salah Sorang Peserta Camping
Anda pernah melihat dia di kaca tv? Di teater? Di filem?
Bebaru ini dier merupakan salah sorang pelakon Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Thursday, February 19, 2009

BersamaMu TV3


Tetiap Rabu Malam ada Slot BERSAMAMU TV3. Aku kalo bole, taknak tonton sbb aku akan sedey pas tgk kesah² kesusahan sesetengah rakyat Malaysia. Tp smlm, aku 'termenonton' Slot itu. Satu persoalan yg selalu bermain di dlm minda aku setiap kali selepas menonton 'BERSAMAMU TV3' nie. Apakah peranan SEKOLAH terhadap murid² yg memerlukan bantuan ini? Salah satu yg membuat aku agak terkilan apabila anak² kecil itu tidak mahu ke sekolah kerana sekolah meminta duit yuran. Aik, setahu aku, tahun ini, tiada yuran sekolah dikenakan kepada murid², yang dimintak hanya lah YURAN INSURANS TAKAFUL yg bernilai RM1.50. Itu yg wajib, hanya RM1.50, sumbangan PIBG pun belom diminta selagi AGM tidak diadakan. Nie slot yang di-shoot tahun braper nie? Aku pikir lagi, skolah mana agaknye la ek bebudak tuh semalam. Mungkin kerana aku nie agak sebok ngan urusan peribadi (iron baju, kemas beg keje) sambil menonton tv, so aku terlepas tang tunjuk skolah kot. Aku sker pikir tentang hal sekolah gak sebenarnya. Macam mana sekolah itu tidak perihatin ttg kesusahan anak² muridnya? Sebok je kan aku nie.... why aku sebok..? Antaranya, disebabkan aku nie S/U (setiausaha) kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPKHEM) skolah aku, so aku byk menolong beliau meng-apdet sebarang keje yg berkaitan dengan murid², secara black & white, aku adalah Setiausaha Induk Hal Ehwal Murid skolah aku lar (aku cikgu la... utk pengetahuan pembaca yg lom tau aku nie cikgu). Tetiap tahun, kami akan mengedarkan borang maklumat murid utk diisi oleh para ibu bapa / penjaga. Di dlm borang itu, ada maklumat gaji yang perlu diisi dan juga diminta disertakan salinan slip gaji yg di-sahkan. Disitu, kami akan mengetahui mana² murid yg memerlukan bantuan. Setiap sekolah ada diperuntukan beberapa bantuan, antaranya seperti Susu , Rancangan Makanan Tambahan (RMT), biasiswa (baitumal ) & KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin). Murid² yg layak hendaklah warganegara Malaysia, bukan warganegara asing yg bersekolah di sekolah² kebangsaan. Keje aku tetiap awal tahun, kena reminds sumer guru kelas utk memberi senarai nama yg layak utk antara salah satu bantuan yg dihulurkan oleh kerajaan. Jika ada murid yg tidak layak tp masih memerlukan bantuan, pihak sekolah akan cuba mencari alternatif lain seperti meminta sumbangan dari PIBG atau memana pihak² luar yang sudi memberi sumbangan bagi membantu murid² ini. Tp skolah aku sebenarnya tak ramai yg layak, hampir 80% dari golongan yg berada. So, disini, sekali lg, aku tertanya-tanya, apa lar peranan skolah yg mana anak² muridnya masok dlm BERSAMAMU TV3 nie??? Kalo murid tidak membayar yuran, kenapa tidak ditanya mengapa murid itu tidak membayo yuran? Jika murid itu tidak mampu, mengapa masih dipaksa murid itu utk membayo? Adehhh... tak paham tol aku. Kalo sekolah tarak duit utk membantu murid² tersebot, tulis la surat kat jabatan pelajaran la. Duuhhh...senak otak aku la!!!! Nie sampai bebudak taknak gi skolah sbb malu, takder duit nak bayo yuran??? Kalo murid takder duit banjer utk makan kat skolah, kan ke ada RMT tuhhhh.... duuuhhhhh (senak otak lg), yg nie skolah aku mmg takder murid yg layak!! Pasal murid² aku pun banjernye lagi byk dari aku, percaya tak ada sesetengah murid aku belanja sebanyak RM3 utk sekali rehat, RM3 tuh paling sket la tuh, ada yg belanja RM5, RM10. Kalo skolah petang, ada yg tapau mcD & KFC utk makan tghari! Aku gak yg melopong tgk anak murid makan sedap. Hahahahaha.... berbalik kesah BERSAMAMU TV3, ish la... sian bebudak tuh kan... nak ke skolah, tp tak mampu. Takder duit utk yuran, takder duit banjer utk makan, takder duit utk beli buku latihan... hmm... bab buku latihan plak, cikgu² dlm kelas nie sepatutnye aware lar... kenapa murid itu takder buku latihan. Jgn dok maen hentam keromo je. Cuba tanya elok², kenapa takder buku latihan. Kalo murid itu katanye takder duit, then.. sampaikan la isu itu kpd pihak sekolah. Kalo macam skolah aku, budak takder buku, mmg aku akan tanya kenapa dan mengapa. Mustahil la kan, takder duit beli buku kalo gaji mak pak sampai 10k. Yes, there are some of them yg tak mampu nak beli sekali harung sbb rega buku latihan pun melampau, itu pun aku kasik masa sampai sbulan. Kalo dah tak mampu sgt², aku buat lar amal jariah, kasik hadiah la buku latihan (aku mampu kasik sbb tak ramai yg tak mampu, ada la sekerat dua), dengan perjanjian, murid itu kena siapkan keje yg diberi. Ye la kan, udah lar cikgu ko nie kuarkan duit sendiri belikan ko buku latihan, pastu ko nak wat onar plak, buat memaen masa blajo, mmg ko 'kena' lar ngan aku. Kalo tak silap aku, aku penah ternampak buku² latihan yg kulit depannya dicetak 'sumbangan' dari pihak tertentu, diedarkan secara percuma kpd murid² yg memerlukan, termasok la beg skolah, siyess... aku penah nampak, dari UMNO ke apa ntah. Few cases kat skolah aku, di mana ada murid yg memerlukan bantuan, penah dibantu oleh ibu bapa rakan sekelas, yurannya dibayo dan diberi buku² latihan. Sgt prihatin para ibu bapa tersebotkan? Satu lagi isu, ramai lg rakyat Malaysia yg memerlukan bantuan sebenarnya, tp kiter plak sebok ngan isu di luar negara.. (ish..mati aku kena hentam..) Tak salah kiter membantu rakyat asing, bagi derma dan segala. Tp, kiter penah tak ambik tau, jiran tetangga ke.. rakan sekelas anak korang ke... orang kampung ke... hiks... byk kan aku pikir ttg bebudak? Kekadang wlpun gaji ribu riban, tp dengan keadaan ekonomi skrg, mmg tak cukup bagi sesetengah keluarga, nak² yg duduk kat KL nie. Memacam nak bayo. Sumer pakai RM RM RM RM.
Koje Of The Day: Arinie, pepagi lg aku jumper GPKHEM aku, aku reminds dier plak, JANGAN SAMPAI ADA ANAK MURID KITER YG MASOK BERSAMAMU TV3. Hihihihihi....

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Sunday, June 29, 2008

Karnival 2008

Belon Perasmian (dekat ngan KL Tower kan?)
Semalam hari yg memenatkan! Paler sampai skrg Pusing². Badanku Lenguh². But it was really fun! Sgt Besh! Penat pun penat la kan, janji besh! Aku yg penin sbb sekejap aku kat rumah hantu, sekejap nak handle artis² AF nie plak. Ngan blackout satu sekolah, pastu rumah hantu aku plak cam kena rusuhan. Pergh, mati mati...mati la (saper nye trademark la nie mati la nie weh..aku luper). Segalanya berjalan dengan lancar wlpun kekurangan kakitangan guru. Ramai plak pi exam.

Mini Bike Yg Memekak
Aku tingin nak naek mini bike nie. Tp masa tidak mengizinkan. Biler lg nak merasa kan? Nie dah depan mata, nak merempit preng preng preng. Adeh, bz sgt sampai nak makan pun tak dan. Dok menom air je sampai kembong.
Cik Siti Photographer
Disebabkan aku sepatutnye ambek gambo aritu, aku menjempot beberapa rakan dari luar utk menolong aku juge semalam. Cik Siti came all the way from Klang. Wah, semangat lar Cik Siti nie. She is real damn good la. Gambo² yg dier captured cantek belaka. Sesapa yg nak perkhidmatan dier sbg Photographer kawen ke, majlis ke, sila layari
Aku & Riz
Hahahaha. Geram aku ngan mamat nie. Bole plak dier wat peace gak cam tuh. ye lar Riz, layan je la aku yg mereng semalam. Aper² pun, dier mmg sporting. Aku plak yg setengah sempot nak kawal crowd. Hensem kan kan? Hahahaha... Oppss... tp mmg Riz jadi tumpuan kekanak semalam. Tak kira la tua atau muda. Makcik² pun sker dak nie. Apatah lagi lar muda belia remaja cam aku nie kan (remaja lg ke aku nie?)
Ann & Nadia
Nie lg la. Ann dah posing cam artis plak. Miakakaka. Aduh, seb baek Ann datang gak semalam tlg aku. Aritu ko berputih mata sbb aku dah bergambo ngan Nadia. Nie puas la Ann berkepit ngan Nadia semalam.
Nadia naek Kuda. Takot ek ko dik? Sker tol si Riz sakat si Nadia nie.
Thnx to Ann & Siti kerana sudi menjadi penolong ku utk handle group nie. Dierorang lepak kat library utk merehatkan diri. Wah...siap berebut kipas plak. Thnx to Hanim - yg memakai baju pink putih itu kerana memahami keadaan aku yg sgt bz semalam.

Byk lg gambo sebenarnye. Tp tak larat aku nak load la. Kembang kang blog aku nie kang. Sket² dah la. Tp karnival kali nie mmg meriah! Thnx to all yg sudi menjayakan karnival kali ini. Thanx kepada rakan² ku, Siti, Acha (adik Siti), Ann, Mai, Udin, Tuna & Joi kerana sudi datang menjamu selera & mata korang. Pas karnival je, sumer bertandang kat umah aku menonton dvd (kecuali Siti & Acha). Yeh yeh, sumer terbongkang sbb kepanasan! Utk kekawan ku, Aku sayang Korang la k! Korang mmg Besh!


Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Friday, June 27, 2008

Pinkies Go To School

Hehehe. Arinie Hosmet ku Pinky bersama anaknye pegi ke skolah. I put them in the biggest plastik ever, and they ride the LRT today with me to school. Wah, most of my colleagues minat ini pinky. Even my kids also. Sumer mao pelok itu pinky. Hep Hep~ Korang musyuk, takbole pelok my pinky. Motif bawak pinky arinie, jadikan dierorang hantu dalam Rumah Hantu ku. Sian dierorang, dah kena bermalam kat rumah hantu mlm nie. Uwaa...i miss them already! Mlm nie aku nak pelok saper masa tido???? Pinky kat skolah!! See, sempat lg dier posing ngan my kids.
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Thursday, June 26, 2008

50% Siap

Sesi Buh Jaring & Susun Meja
Semalam dah siap 50% umah antu ku. Pasang jaring kat atas. Meja kusi dah susun untuk buat lorong. Arinie bole buh kain buat dinding. Aduh, penat betol. All out segala tenaga pompuanku. Nie mgu depan konpom aku kejOng. Sok nak bakar kemenyan. Kasik pangey segala momok² masok. Miakakakaka. Sonok keje ngan bebudak nie. Ramai plak bebudak laen jeles. Sebok beratur depan pintu, buat muka kesian sbb nak tolong. Duhhh bebudak nie, bab buat keje merepek mmg korang cepat kan. Suh duk dediam dalam kelas blajo, korang takmao. Arinie kena siap utk wat lorong & dinding. Kalo tak, sok mampos aku kena tido kat skolah siapkan mende nie. Weh, korang wahai kekawan ku, takkan ANN sorang je yg sudi nak tlg aku ari karnival nanti. Tak kesian kat aku ke weh??? Kekawan aku ramai gi peksa pagi sabtu nie la, sbb tuh aku tak cukup kakitangan. Shuwen? Mai? Udin? Tuna? Koko? Joi? Korang nie.. tak baek tau gelakkan aku.
Ini pintu keluar ye kekawan. Gelap tak dalam tuh? OoO..Siyes gelap & seram wokey.

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Wednesday, June 25, 2008

Panjat Memanjat

Sesi Menampal Ngan Surat Kabo Di Luar Kelas
Sesi panjat memanjat bermula semalam. Memandangkan semalam aku berpakaian agak sket punye ketat, aku biar ajer lar bebudak nie yg memanjat. Satu kelas dikosongkan dan kami mulakan dgn menutup sumer tingkap serta sumber kemasokan cahaya ke dalam kelas tersebut. Ambek lar surat kabo lama tuh, angkut, ambek selefon tape, nah, tampal! Tampal dek..jgn sampai aku nampak cahaya masok bilik! Bagos sebenarnya skolah dak laki nie, sumer laki kan, kerah je la. Dierorang pun sker. Aku pun senang, mengarah je. Berdiri tepi cam manduR (memula buh mandul..sekali incik Akeem Hensem perasan lar plak.. thnx akeem.. hahaha). Tp aku kena pastikan tiada sorang pun jatuh tergolek, keselamatan mereka aku kena jaga. Kang aper² jadi, aku plak kena tanggung. Sebenarnye, aku mungkin pakar buat rumah hantu nie. Tiap kali ada karnival, keje aku mmg buat rumah hantu, persal aku tak sker bab masak² nie. Sgt bosan tau bab masak nie. Hahahaha. Aku rela bertukang. Cam jantan kan aku nie? Aku tak kesah lar, janji ari karnival aku tak maen minyak ke, air ke. Leceh ar jaga bahagian gerai makanan nie. Lgpun aku mmg sker takutkan bebudak. Wat muka momok (sememangnya aku ada roper pontianak kalo lepaskan rambut). Syiok weh tgk bebudak terjerit terpekik terlolong kat dalam tuh. Pastu kalo ada yg kuar menanges, lg aku sker tau!
So, arinie aku pakai baju kurung la, pakai kasut flat. Senang sket kalo aku nak memanjat. Takder lar terselak sana sini. Mmg lar tak manis kan, pakai sket nye ayu, tp dok memanjat meja kusi. Peduli haper aku apa orang nak kata? Kekawan pun dah paham aku camner. Kalo aku tak panjat, sapa nak panjat lg weh??? Korang yg sebeso anak gajah itu ke? Patah meja kusi tuh aku rasa. Semlm dah tampal, tp agaknye angen tiop kuat sgt, abes segala tercabut. So, arinie wat balek, tampal balek. Kasik itu selefon tape abes. Totop totop. Kasik gelap. Sok aku mula wat lorong plak dalam bilik nie. Penatnye takyah citer la kan. Aku bole tido dalam lrt masa balek. Baring je tadi pun aku bole terlelap. Kaki aku dah lenguh. Peha aku dah sakit. Eh, persal semacam nye sakit je aku nie? Hep hep. No serong merong k? Mmg aku penat wat rumah hantu nie. Cam Power Puff Gal je rasa.
Totop itu lobang. Persal Cicer tgk ada cahaya lg???

Ko nie dik, tergolek ko kat situ nanti. Takpe, meh cicer pegang.

Aku amat memerlukan pertolongan kekawan untuk hari karnival nanti. Aku akan berada di rumah hantu itu nanti dari pagi sampai tengahari krn rakan² setugas pergi exam. Tgu dierorang balek baru la aku bole rehat. Sumbang la sumbangan tenaga. Bak kata Kos, sumbang diri sendiri pun bole. Ada brani ke?
En Kos sudi mao jadi hantu? Ann? Sopi?
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Tuesday, June 24, 2008

St John 2 Karnival

St John 2 Karnival
Padang Skolah St John, Bukit Nanas
*Mini Bike
(motosikal kecik itu..mari kiter rempit)
*Paint Ball
(besh nye tembak²)
* Pony Riding
(Kuda Kuda...Yehaaa.. )
*Horror / Haunted House
(Mari la melawat rumah ku..penat tau aku buat)
*Convent Bukit Nanas Cheerleading (awek² yg lentik, comel serta seksi)
* St John Institution Brass Band (owh..depa mmg macho)

This coming Saturday ada karnival di skolah ku. So, mmg skrg nie aku tgh bz utk event yg nie. Aku incharge RUMAH HANTU @ HAUNTED HOUSE, start bertukang semalam. Datang la k? Aku jemput sumer warga bloggers yang membaca ke karnival ini. Kami mencari Dana untuk tabung PIBG kami. Sesapa yg ingin menyumbang hampers atau apa saja, sila hantar ke pejabat sekolah saya. Anto botol sos ke, gula ke, tepung ke...aper ajer lar...kami terima. Nak anto HANTU utk aku pun bole. Aku kan hantu, sbb tuh kena jaga umah hantu.

Latest news, most probably, NADIA & RIZ (AF6) akan menjadi VIP guests juge. Persal lar kami tak dapat Stacy??? Hahahaha... Datang Jgn Tak Datang. Sumbangan & Sokongan Anda Amat Kami Hargai. Segala urusan niaga menggunakan kupon. Kupon dijual juge pada hari tersebut. Meh ar, penat tau aku potong² kupon tuh siang malam.
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Saturday, June 21, 2008

Spell-It-Right Challenge


Aku Padam La Muka Aku. Aku Tumpang Gelemer je~ Hahaha
Arinie aku pegi Berjaya Times Square seawal jam 8.30pagi. Giler, pepagi lg aku dah pi redah shopping complex. Kedai² pun lom bukak. Aku tgu 'askar²' aku sampai ngan mak pak dierorang. Well, ada Spell-It-Right Challenge anjuran RHB NST. Sian bebudak aku, dapat perkataan pepelik & susah. Mementang la skolah aku sekolah gelemer kan. Time budak aku je, dier terpaksa carik perkataan laen. Argh, aku sgt marah. Nak je aku rasa nak gi tumbuk mamat tuh. Hahahaha. Anyway, dierorang melepasi 1st round. Sumer budak aku masih duduk, ada budak laen terpaksa turun pentas sbb salah spell. Sgt bagos bebudak aku nie. Masok 2nd round tuh yg bebudak aku diperdajeykan. Cis~ Bengang tak abes lg nie. Nanti jgn luper tgk kat tv k? TV 3 ari Sabtu or Ahad, jam 7pm or 7.30pm.

Hadif The Headboy- The Only 1 yg lepas 2nd Round
Faisal - He is good also
Nhanteeser- Well Prepared
Tharoun- Top Student Kat Skolah
Ambek Hadiah & Sijil
Aku rasa aku nie cam bebudak laks, kecik je, bebudak aku lg besar dari aku.

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Friday, May 16, 2008

Happy Teachers' Day

16th Of May.... Happy Teachers' Day To All Teachers in Malaysia

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Friday, April 18, 2008

Red Apple For A Greenday

Hoye~ Arinie ari Jumaat. Sgt bahagia. Kenapa bahagia? Kerana ada 2 hari utk rehat yg tak braper rehat itu. Sok aku kena gi keje juge sekejap untuk 'tunjuk muka' je. Surprisingly, arinie ada beberapa orang memakai pakaian kaler ijo. Pepagi lg aku bertembung ngan dier nie. Hehehe, sama laks kaler baju kiter ek bang. Ala bang, aku tau baju tuh baju sanding ko. Aku kan pegi kenduri ko aritu. Pepagi buta aku suh berdiri kat sebelah, meh meh ambek gambo. At least aku ada idea sket nak share dalam blog. Abg nie pun biasa la, semangat dier berdiri kat sebelah cam nak nyanyi lagu Negaraku. Rasa kecik je biler berdiri sebelah dier. Eheks, anyway bang, congrates for the newborn baby aritu. Abg nie dah dapat 2nd baby. Sepasang dah anak dier. Tp si Ali yg menangkap gambo nie, sah tangan dier mengeletar. Nak kata ada penyakit parkison, tidak. Tp mmg tangan dier kuat mengeletar lar. Betol la ko nie kelam kabut la Ali.
Greenday Friday

Cam biasa, arinie aku kena anto la kertas² yg aku sudah ketip itu ke opis. Kuar je dari opis, aku dengo ada orang dok pangey nama aku la plak. Seb baek la dah dekat tghari. Kalo memalam or pepagi buta, mmg aku tak toleh blakang sudah. Erkk... Lady D ( nama panggilan dier la.. dier tak kasik expose nama dier or gambo dier pun dalam blog aku nie) datang melawat kiterorang selepas 4 tahun dier meninggalkan kami. My ex-colleagues, Lady D me-resign-kan diri dari bidang aku tgh ceburi skrg dengan GOMEN kerana di atas beberapa masalah yg menyebabkan dier tidak berpuas ati. Dier benti 24jam gitu. Giler kan, dier mmg sungguh brani. Sungguh aku tabik spring kat minah nie. Dier pegi plak ke pihak swasta. Dan di sebuah kolej terkemuka, dier bertemu ngan jodohnya, sorang mat salleh. Dier baru sajer mengakhiri zaman anak daranya tahun lepas. Dan bulan depan dier akan bertolak ke negara omputeh itu untuk menetap di sana. Sangat besh kan? So, kiranya arinie dier datang melawat kiterorang to say Goodbye. Sambil itu, kiterorang sempat juge menom secawan kopi sambil bersembang. Sesembang kesah kekawan lama. Dier nye pot pet pot pet cam dulu menikam kalbu juge la. Berdesing juge tinger aku biler dier tanya aku biler lagi mao mengakhiri zaman anak dara. Alar Lady D, leks la dulu k. I masih muda (byk la aku nye muda). Lgpun I haven't meet my Mr Right. Eheks, ada juge aku ikot cara ko nanti Lady D. Sgt syiok biler dier tunjuk gambo hubby dier itu. Such a nice kapel la dierorang nie. Smoga Lady D akan teros bahagia ke anak cucu. Cepat² bikin baby tau Lady D. Nak tgk baby nye itu nanti ikot kulit maknye yg itam manis or ikot bapaknye yg putih melepak itu. All the best Lady D. Gonna miss u oso Lady D. Dulu² kiterorang kalo gi camping, mesti aku kena tido se-khemah ngan dier. Nice kan? Pastu kiterorang akan mula la berciter kisah suka dan duka memasing. Well, aku ngan Lady D ini dulu sesama menghadapi masalah yg lebey kurang serupa mengenai kisah Chenta Dalam Hati. Aku ngan Lady D ini se-agama la kiranye kan, terjatuh chenta plak bangsa & agama yang laen. Namun, Lady D ini 'tersungkur' dulu daripada aku, dier 'bangun' dan meneruskan kehidupan. Kini dier bahagia bersama suaminye yg terchenta.
Lady D & Me
* Disebabkan Lady D tidak mahu gambo mukanya di ambil, so dier hanya merelakan gambo kasut or kakinya diambil. Aku tau ramai blogger sker ambek gambo kasut, dan aku akui aku mengikuti jejak langkah mu itu. (Credit to RedMummy di atas idea gambo kasut² rakan beliau)


Selepas Lady D mengundurkan diri untuk pengurusan Visa-nya. Aku pun meneruskan ektibiti tengahari Jumaat ku. Jumper My Beloved Mentee. Aku nie mentornya. Apersal ntah arinie dier kasik aku sebiji epal (sebenarnya arinie aku dapat byk epal dr yg laen juge.. ada la kot 4 biji). He said thank you for being Mentor dier (cam rancangan aper ntah dalam tibi yg ader mentor nyanyi² tuh kan). So sejok hati aku dengo kata budak nie. Dier siap kasik kertas ucapan lg utk aku. Aku plak tak dan nak baca. Aku letak je atas meja, sok baru baca ek sayang. Cicer dah tak larat nie, kepenatan, mahu pulang ke rumah utk beristirehat.
Jefri & I with the red apple.

Apple & Kertas Ucapan Jefri

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.