- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Aku Seorang Yg Garang & Tegas

Friday, May 20, 2011

Aku Seorang Yg Garang & Tegas

Hiks. Akhirnya terbuka hati ingin berkongsi rasa untuk pertama kalinya buat tahun 2011.
Baru² ini telah berlangsungnya sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Dan aku telah diundi sebagai GURU WANITA YANG PALING TEGAS (setelah perkataan 'GARANG' itu ditukarkan ye).

Aku bertanya juga kepada murid² kesayangan intan payung ku, adakah aku seorang guru yg sangat garang??

Mereka menjawab:'Takde la garang sangat, tapi kami takut la kat Teacher bila dalam kelas. Lepas kelas, luar kelas, takder la takut sgt. Takut masa dalam kelas je. Tak boleh main².'

Dalam hati aku pun nak saje menjawab 'korang datang sekolah nie nak memain je ke?'

Heh, these photos were taken when I'm at work. Garang Ke???
Ketika sedang bertugas di luar.

Serabut memikirkan keadaan perpustakaan.

Ketika sedang berdiskusi bersama AJK² PIBG.


Ketika berada di padang yang becak & lecak!

Mencangkul pasir di padang sekolah


Sikit punye sempoi la aku nie dikatakan garang?? Choyhhhh~Hahaha... :þ

Labels: