- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Ektibiti New Year Eve

Tuesday, January 01, 2008

Ektibiti New Year Eve

Semalam, Hari Orientasi Tahun 1 sekolah aku. Seawal kol 5.30 aku dah bangun..sbb aku takot sgt aku terbabas tido. Sebulan setengah aku bercuti..hari² aku bangun lambat.. sbb tatau nak watper kalo aku bangun awal pun. Memandangkan dah lama sgt aku tak bgn awal...aku set alarm kol 5.30am! Teruja gak nak jumper bebudak baru..tp malangnye tahun nih, aku tidak lagi mengajar kekanak Tahun / Darjah 1 ini. Aku dilucutkan jawatan sebagai Guru Tahun 1 selepas 6 tahun aku memegang jawatan itu. Dan kini aku dinaikkan sebagai Guru Kelas Tahun 5 atas alasan aku telah memegang jawatan Ketua Panitia Bahasa Inggeris bagi sesi 2008 (giler babas dapat jawatan camnih...) Aku sampai awal ke skolah. Cewahh.. semangat tau. Aku bertugas di bahagian pemberian Buku Teks sajer. See See...pakai kebaya tau! Sumer guru² pakai kain yg sama, cuma patternnye sajer ikot citarasa memasing. Memandangkan selama ini perancangan Hari Orientasi aku yang handle...dan tahun nih aku tak terlibat..Guru Beso aku agak kepeningan. Sian dier.. agaknye dier terlupe yg aku nie NO MORE involve ngan budak tahun 1. Dia mula marah².. ngan pendaftaran yg agak kelam kabut. Aku dipanggil oleh beliau. Dan aku ditibai. Aih orang tua nih... aku pun dengan lembut nye memberitahu, 'Puan..saya tak terlibat dah...sila tanya Sipolan' Dier mengeluh. Aku hanya mampu tersenyum. Aku kesian melihat beliau bila mende yg dirancang tidak berjalan dengan lancar. Aku menawarkan diri untuk membantu...handle bebudak plak. Aku naek ke dewan..buat pengumuman.. dimintak para murid tahun 1 ini utk beratur...sbb aku nak bawak gi jejalan dlm kawasan sekolah. Hasilnya..
Aku & Cikgu Ali mengambil buku teks untuk diagihkan kepada para murid. Seorang murid Islam mendapat 16buah buku teks dan Seorang murid Bukan Islam mendapat 12 buku teks..
Selepas membuat senaman ringan, bebudak nih agak kepenatan. Posing ngan 2 jari yg membawa byk maksud... Peace To The World.. And WE ARE FROM ST JOHN 2.. (Sekolah Kebangsaan St John Ada 2... St John 1 & St John 2) Comel kan? All boys. Sbb tuh aku jadi biol. Biol sbb kenakalan & kelasakan dierorang. So..aku kena jadi lasak juge.

Kemudian mereka ini dibawa ke dalam kelas untuk sesi menulis. Aku perasan ramai kekanak ini kidal. Dan salah sorang yg ada di dalam gambo di atas merupakan anak kepada pelakon lelaki terkenal..bersungguh-sungguh mereka menulis.. ini bukan ujian diagnostik...

Selesai bahagian menulis, mereka ini dibawa ke kelas yg dijadikan bilik sakit untuk diambil ketinggian & beratnya. Diwajibkan membuka kasut..dan lihat la bebudak skrg... kasut pun tak reti nak pakai sendiri... yg kasut kiri ke kaki kanan..yg kasut kanan ke kaki kiri..

Aku pulang ke rumah pada jam 2 petang, just after meeting. Pas sesi orientasi tahun 1, ader meeting plak dah. Tak abes² meeting dierorang nih. Aku balik umah & membuta. Bgn..aku gi beli makanan utk makan malam. Tgk tv... gegolek kat ruang tamu...aku tetido sekali lagi. Hahahaha..bunga api utk tahun baru lom meletop..aku dah hanyut di dalam alam mimpi yg sungguh indah! Dan aku terbangun lagi kol 1pagi...... menonton I AM A LEGEND yg sungguh tak besh..dan aku tetido...sampai pagi ini kol 11!

Life. Is. Colourful. To. Make. Our. Life. Wonderful.

Labels: , ,