Tuesday, April 04, 2006

Sukan & Cuti ( part 1)

Isnin- 03/04/2006 aku cuti. Cuti peristiwa la...sempena sukan arituh. Penat gak tido. Nak pakai pc takbley, pasal ader orang laen konker pc aku. Terpaksa la aku meniduri diri diselubungi selimut comel, mickey mouse ku, dikelilingi teddy bear kesayangan. Adeh, banguna awal laks pagi nie. Tatau nak watper, biasa aku tidor lambat, tapi malam tadi aku dah membuta awal, terbangun pun awal la. Aku pepusing umah. Aku jeling lagi pc aku, aiyak...biler la dier nak abes wat keje dier??
Meh aku citer pasal temasya sukan skulah aku arituh. Fuh...lambat gak la aku bangun. Tapi takper, aku takder keje sangat, aku nie just ketua utk bahagian perangkaan atau markah je. Aku tau semua peralatan yang diperlukan kat bahagian aku akan disediakan oleh setiausaha sukan aku. Aku cuma duduk depan laptop dan wat keje aku. Lagipun aku ader penolong yang agak berwibawa la juge, bekas guru beso tuh, guru kontrak. Aku nak buli dier agak kecot perot, pasal dier tuh lagi tua dari mak aku, so aku buat je la keje aku.
Sesampai je aku kat skolah, aku tinjau² anak-anak murid aku. Takut laks ader yang tersesat. Kang dierorang tatau nak gi maner laks, jenOh laks aku nak mencari utk sukaneka karang. Aku kumpulkan bebudak aku...aku kumpulkan kat satu khemah. Aku kasik ceramah sket pepagi, takut ader laks yg merayap lagi.
Kemudian aku check laks rumah sukan aku, RUMAH KUNING! Huh~! Naper tahun nie agak kurang sket sambutan utk menghias khemah?? Aku pun kurang pasti, mungkin agaknye memasing sebok, so, hias pun ala kadar je kot. Aku pun tak menyumbang sangat, aku tatau naper tahun nie aku agak keberatan utk menyebokkan diri. Tahun² sudah, aku la manusia yang paling sebok menghiasa khemah dan juge para peserta perbarisan. Tahun nie aku sekadar tgk je la. Nak kata penat, mungkin, nak kata bosan, pun mungkin. Aku tgk rata² yang menghias khemah nie, pakai belon & kain rentang. Aisehman, aku penat lar buat mende tuh sumer. Kang aku panjat sana sini, wat saket badan aku je. Kang memalam aku takbole tido, gegara aku penat, over exchausted.
Aku menuju ke khemah bahagian perangkaan & keputusan. Huhuhuhuhu... aku la bos segala bos arituh. Keputusan sumer kat tangan aku. Aku tgk printer je ader, laptop nye maner? Ish... maner lar Incik Ahmad nie, kang lambat laks aku nak wat keje, dah la dier lom brief aku lagi pagi nie. Aku pun duduk wat bodo. Penat la aku nak tawaf padang skolah. Aku tgu je la Incik Ahmad nie. Dier datang ngan beg laptopnye. Dier pasang laptop ngan printer. Dier brief aku, camner nak print, nak kasik kat saper sumer result tuh nanti. Aku mendengar dengan tekun. Aku taknak buat aper² kesilapan pun.
Tepat pada kol 8.30pagi, acara perbarisan pun dimulakan selepas VIP kehormat sampai di khemah dan duduk di atas sofa. Aku melihat, bebudak nie sungguh bersemangat masa berkawad. Diikuti dengan acara persembahan taekwondo. Bila melihat persembahan taekwondo, aku terkenang zaman aku skolah plak. Ye la, aku saket blakang nie gegara taekwondo gak, sparring nye pasal, aku terjatuh terlentang. Memula takder la sakit, tapi biler dah tua nie, aduh, aku tak paham naper aku sakit blakang dulu. Pas aku gi pakar ortopedik, soklan pertama oleh pakar tersebut "penah jatuh?" Aiseh, aku jatuh braper belas tahun yg lepas, takkan skrang baru rasa sakit dier plak. Huh~! Mmg pasal aku jatuh terlentang tuh la aku saket blakang skrang, aku takbley wat keje beberat, aku takbley angkat barang berat.

1 comment:

penjahat said...

pesal separuh je citer