Monday, March 31, 2008

Taufufa 2

Mengenai entry 'Taufufa Lembik' di bawah, di sini aku ingin membuat sesi 'clarification'. Entry dibawah adalah hanya berkaitan dengan kehidupan kerjayaku. Tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesapa pun terutama dia yang amat bermakna dalam hidup ini. Isu mengapa aku tidak menulis dengan 'terang', kerana beberapa rakan sekerja aku juga membaca blog peribadi aku ini dan tidak semua tahu apa yang sedang aku lalui kecuali Cikgu Fikry. Cikgu Fikry mengetahui segala 'janji² manis' itu dan permintaan aku untuk menukar tempat kerja yang tidak pernah dilayan. Dulu, aku seorang yg sker melawan kata Bos. Skrg, kerana aku ingin mencapai target, aku kata YES BOS! Namun, aku tau beliau kurang gemar akan diri aku yg agak out-spoken ini. Aku menjadi pendiam kerana aku tidak mahu 'periuk nasi' ditabur dengan pasir, dulu² aku penah hampir dipindahkan dengan alasan rekod aku yang sgt buruk. Aku mahu berpindah, tp bukan dengan rekod buruk, aku mau kuar dengan rekod bersih dan cemerlang. Aku tau beliau masih 'menyimpan' aku kerana aku ini ada kepentingan bagi beliau. Tp hampir setiap meeting aku dihentam, dicemuh dan di-tiaw kaw². Ada sajer mende yg aku buat itu tidak betol di matanya. Sesapa sajer dapat rasa yang beliau mmg prejudis terhadap aku. Bila khidmat aku diperlukan, beliau sanggup tepon aku memalam. Penah beliau sanggup datang dan mengambil untuk aku menyelesaikan masalah kerja pada waktu aku bercuti. Kata² manisnya itu aku masih ingat, sbb dier jarang berkata-kata manis ngan aku. Tahun lepas, aku jarang dihantar keluar bertugas atas alasan aku lebey diperlukan di tmpt kerja. Beliau berjanji akan menghantar aku kembali bertugas di luar pada tahun ini...tp aku pelik, kenapa beliau masih menghantar orang laen sedangkan meeting / kursus itu aku yg sepatutnya pergi? Untuk pengetahuan kekawan yg membaca, kekadang kursus itu dianjurkan di kawasan peranginan, hotel atau tmpt besh² belaka, Melaka, Langkawi, Pangkor, PD...ada sesetengah tempat tuh aku dah rasa utk pi berkursus. Berkursus sambil bercuti la kiranya. Diberinya hak aku itu kepada orang laen yg dier sker. Tp taim buat keje, aku juge yg dikerah, tenaga aku diperah habis-habisan. Tiap kali beliau nak bagi kerja kat aku, time tuh la dier puji melambong. Huih, main tarik tali sungguh. Kejap kata aku wat keje ok, ada taim tuh kata aku tak wat keje. Bengong. Mmg ada kalanya aku hilang sabar, tapi apa aku bole buat? Mau larik? Lari ke mana je? Dah tentu aku nak larik pun, dier kena tandatangan borang itu. Abes kalo dah rasa aku nie tak cukup bagos, sampai marah aku dalam meeting, beliau marah aku depan kekawan, watper simpan aku lagi? Kasik sign la itu borang! Lepas tu, boleh plak beliau bandingkan aku ngan budak hingusan ntah mana². Haih, kalo dah rasa dier tuh lagi bagos, bagi je lar jawatan dan kerja itu kat dier, naper bagi kat aku? Kekunun aku la yg layak, ptuihh... mmg aku layak utk jawatan itu, ye aku tau. Tp napa 'jatuhkan' aku ngan cara gitu?
Ada rakan yang tanya, 'sampai biler ko nak diam camnie reen? Napa ko biar diri ko dibuat begitu dalam meeting reen?'
Ish, takkan lar aku nak tepok meja masa meeting? Tuh kuang ajo namanya.
Tp sampai bila la eh? Tgu la taim aku rasa aku nak berambos ngan cara apa sekali pun. Or aku kena tgu sampai tahun depan, biar beliau yg berambos. Setahun lebey tuh nak tgu! Uwarghh.. tension! Marahnye aku! Sampai bila nak menahan marah ini? Arghh..cepat lar berambos! Setahun, pejam celik pejam celik. Amarah aku makin bertambah biler aku melihat keja yg aku terpaksa bawak balik ke umah! Uwarghh..balik umah pun wat keje lagi!

Pesanan untuk rakan sekerja, Bad, Muss, Fik & Manju
Tlg ek..jgn citer ek kat bos. Aku terpaksa tulis terang terang nie sbb ada sedikit salah paham yang berlaku. Nanti aku banjer korang makan cekodok ek. Ari Sabtu nie aku banjer korang bekpes k? Korang pun tau apa aku citer, sbb mende nie korang nampak kan. Aku banyak bersabar kan? Sgt Penyabar kan aku ini?

* Memula aku tidak menulis dengan terang, kerana alasan di atas. Now, kepada yang membaca, jangan la salah paham. Citer ini tiada kaitan ngan buah hati ku. Janji manis yg lagi satu itu tidak bole aku terangkan di sini kerana ia tidak sehat utk kesehatan para rakan sekerja aku. So, aku terpaksa rahsiakan janji manis yg satu itu lagi.

*Kepada buah hati aku itu, I'm Sorry. Didn't Mean To Hurt U.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

5 comments:

Anonymous said...

haha... baru nak comment pasal blog sebelum ni... baru nak cakap, kang org lain yg tak tau pape ckp akak majuk ngan boipren plak...

pada cik abang akak doreen ni, don't worry kay... sume berkaitan big mama kami... hehe....

tulah akak, lenkali bgtau awal2 pada org yg berkemungkinan mendapat kesan yg tak sepatutnya dia dapat melalui tulisan akak ni...
pengajaran tu..
hehe....

.::WaNiE::. said...

waaahahah boipren majuk pi pujuk cepat blanja cekodok pi

chuy4 said...

hehehe ader ok ka cik reen.. rileks k.. dia syg ko tu. musti dia accept.. :)

aku nak chiow gi melaka ni... nanti kiter chat2 later..

LaDySLeepLeSS said...

wooo... janji manis tu dah tunai ke blom? muskil aku... dah lewat nih..

cepotet said...

lorhh.. akak ni. wat saspen je tau! hikhik..

sabar je la kak. selagi kita bekerja ngan orang, camni la kak..