- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Aku Ingin Menjadi Bidadari

Thursday, March 13, 2008

Aku Ingin Menjadi Bidadari

Memandangkan ramai bloggers wanita yg membaca blog aku nie..aku sajer jer lar wat entry nie pun...share share produk kesihatan...wlpun aku lom kawen... aku sker tgk kekawan aku yg sudah berumahtangga itu sehat walapiat... kasik sehat tubuh badan anda tau... bukan aku kata handpa tak sehat...bukan... tp kasik lg lar sehat! Sehat Sehat Dan Kuat!

Aku Ingin Menjadi Bidadari (bidadari la sgt!). 2 hari lepas, aku pegi mencuci rambut di umah akak sorang nie...ala..blok sebelah je memandangkan amoi yg selalu cuci rambut aku masih bercuti. Sementara dier dok menyental paler aku, kiterorang pun sesembang lar kan. Akak nie mmg peramah orangnye. Wlpun dier tuh cam baya² mak aku, aku pangey dier akak je. Segan laks aku nak pangey aunty. Dlm perbualan kiterorang...terselit lar kesah² yg agak kurang senonoh. Miakaka..biasa la..kalo dah pompuan...citer ajer pasal kecantekan.. barang cosmetic tuh takder lar..sbb akak nie tau aku takder barang make up...lipstik pun takder...

Aku mmg sker ambek tau camner nak kasik badan aku yg keding nie jadi sehat. Dulu² aku minum Weight Gain tuh bertin tin, tak jadi aper pun. Ampes. Membuang duit aku je. Makan KFC hari² pun aku penah try... tp yg naeknye tang 'blakang' aku la plak, sampai sendat JEANS aku. Terpaksa aku diet, nak turunkan 'blakang', eksesais jgn citer ar. Mmg aku pulun lari setempat dalam umah. Seb baek bole turun...muat balek suar²..skirt² aku. Biler pikir balek, camner lar agaknye aku nak kasik badan aku nie jadi cam belon? Makan sudah..tp asyik 'membuang' la plak.
Lelama...aku rasa tak perlu la aku nak jadi cam ikan buntal. Cukup la sekadar aku menjadi sehat dan kuat. Membesar sebagai JOHAN! Suppliments kena makan, makanan kena seimbang, eksesais takyah-sbb hari² aku eksesais naek turun tangga kat skolah, jalan kaki ke stesen LRT dari umah, tido kena cukup- dah terlebey cukup, sbb petang pun aku tido.
Bersambong kesah aku sesembang ngan akak tuh. Dia pun ader suggest aku menom satu mende nie. Bidadari namanye. Aku pun dengo lar dier citer. Citer nye citer segala citer lar ader. Aku dengo je, then aku bgtau dier nanti la aku beli, biar aku test dulu, kalo ok... baru bole suggest kat orang laen. Hehehehe....aku paste sekali eh ngan info²..sesekali aku mempromote produk kesihatan... eheks..(masalahnye kan..aku nie lom kawen lagi maaa...atoi..sesuai ke aku nak minum?)

Bidadari - RM53.00
"Membentuk Wanita Yang Berkarisma"
Bidadari adalah minuman berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagian suami isteri dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah seperti:-
  • Madu Asli
  • Sirih
  • Akar Serapat
  • Kacip Fatimah
  • Kurma
  • Manjakani
  • Jarum Emas
  • Asam Jawa
  • Daun Cekur
  • Lain-lain herba terpilih
Keistimewaan Bidadari Mekanisme Bidadari untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari yang kaya dengan protein, serat, kabohidrat dan vitamin A,B,C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkat seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri).
  1. Sirih
    • Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut hidung dan lapisan dinding perut. Sirih yang diadun dengan lain, ramuan juga akan bertindak mebantu membina rahim dan sistem peranakan.
  2. Kacip Fatimah
    • Terbukti boleh merawat buasir, penyakit dalam tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan mengecutkan rahim serta membantu mengetatkan faraj.
  3. Akar Serapat
    • Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya Kacip Fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.
  4. Kurma
    • Kaya dengan protein, serat, vitamin A dan C, zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.
  5. Manjakani
    • Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.
  6. Asam Jawa
    • Kandungan "Flavonoid" di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.
  7. Serai
    • Kandungan "CITRAL" di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegngan otot, sengal-sengal dan sakit kepala.

    Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebab angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya kaki berbau).

    Serai juga membantu menurunkan suhu badan sesuai untuk demam. Ia juga bersifat anti-septik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.

  8. Jarum Emas
    • Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.
  9. Daun Cekur
    • Sangat baik untuk wanita lepas bersalin untuk tujuan membina rahim dan untuk melangsingkan badan.
Keistimewaan Rumusan Bidadari
  • Membantu masaalah keputihan
  • Membantu mengatasi masaalah senggugut
  • Membina rahim
  • Mengecutkan rahim
  • Mengecutkan otot faraj
  • Menyempitkan faraj
  • Menguatkan sistem kemutan
  • Meningkat nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada suami semasa hubungan kelamin
  • Menambahkan kolagen dalam badan
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Membantu menghilankan bau badan dan mulut
  • Melegakan panas badan
  • Menegangkan payudara
  • Meningkatkan IQ
  • Membekalkan tenaga segera
  • Membantu merawat luka dalam perut dan pembedahan.

Cara Pengambilan:

  • 2 Sudu besar, 2 kali sehari
  • Waktu pagi- 1 jam sebelum atau selepas sarapan
  • Malam - 1 jam selepas makan malam
  • Jangan makan atau minum 1 jam selepas pengambilan bidadari
(Beberapa keistimewaan ajer aku dapat..mengatasi masaalah sengugut tuh OK.. kolagen OK.. legakan panas badan OK.. tingkatkan IQ? bole la..tingkat IQ aku sket.. membekalkan tenaga segera..nie pun ok..aku cepat penat.. yang lelaen itu?? tiada kaitan ngan aku...miakakakaka....)
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , ,