Monday, December 31, 2007

Goodbye...

Year Of 2007, full of colours in my life. Idopku penoh ngan warna warni tahun ini. Dan merupakan tahun terakhir untuk aku berumur dengan pangkal nomot 2! Arghh..semakin tua aku nih.

Karier - Pembukaan tahun 2007 aku seperti biasa, menjadi guru kelas & penyelaras Tahun 1 buat kali terakhir (tatau la kot² tahun akan datang aku ambek balek jawatan nih lagi kan). Memegang beberapa jawatan penting dalam organisasi sekolah membuat aku sentiasa bz dan amat kurang tido (tp tetiap petang aku tido). Aku seronok menjadi sorang guru untuk murid² yang berumur 7tahun ini, walaupun kenakalan dierorang nih kekadang membuat aku hampir gila! Terkena dengan 2 murid yang agak licik pemikirannye hampir juga membuat aku ilang pertimbangan. Hebat bukan, jika seorang kanak² berumur 7 tahun bole membuat cerita yg bebukan kepada ibu bapa untuk mengenakan gurunya? Kanak-kanak zaman sekarang byk terpengaruh dengan tv kot rasanye. Tuh yg agaknye dierorang nih sker merepek meraban. Atau terlalu dimanjakan? Ntah… tp aku tetap sayang dierorang walaupun aku nih sakit otak gak la nak melayan dierorang. Berkursus ke merata tempat. Dimana saja mereka anto, aku pergi. Yg paling besh, berkursus (Kursus Boling Tenpin) di Taiping, memalam gi nite safari tgk binatang yg bermuka binatang dan bersifat binatang –(dalam dunia nie ader manusia yg bermuka manusia tp bersifat binatang tau). Menjadi ketua hakim untuk pertandingan Public Speaking Peringkat Sekolah Rendah KL juga menjadi tugasan yg agak memeningkan (tp aku jarang membuat entry dalam bahasa inggeris, memudahkan rakan² yang kurang mahir untuk paham apa yg ingin aku sampaikan-kang dierorang nih asyik tanya aku plak, amende aku merepek dalam blog nih).

Family – Daddy aku bersara tepat pada 01/01/07, beliau menyambut birthday pada setiap new year eve. So, harini beliau sambut birthday yg ke-57. Aku dan pemeli aku semakin rapat setelah berlakunye beberapa kejadian yg mengakibatkan aku berani bersuara dan meluahkan perasaan mengenai beberapa isu yang timbul. Aku tidak lagi berdiam diri ketika dipersoalkan di atas beberapa tindakan aku yg agak kurang menyenangkan seperti tahun² dulu. Aku tidak lagi lari dari mereka walaupun kekadang hati aku disakiti. Dan syukur, mereka terima segala alasan & jawapan aku. Tidak lagi mereka memaksa. Kalo dipaksa sekali lagi tanpa kerelaan hati aku, mungkin aku larik lagi la…(takmao wor paksa²… mental tau).

Rakan - Sebok ngan rutin sbg seorang guru, diwarnai plak ngan ektibiti² menarek yg dirancang oleh kekawan. Pegi bercuti ke Langkawi & PD, credits to all my fellow fwens of HanykyPanky Club walaupun website dan radio internetku sudah ditotop. Kehilangan dan kepergian seorang rakan, Kebab @ Azri pada 28/04 amat dirasai sehingga kini. Aku sentiasa mendoakan semoga beliau ditempatkan bersama Orang² yang beriman. Ditikam @ ditipu oleh ‘rakan’ sendiri juge aku dapat tahun ini (hahahaha..aku kena tipu idop²). Namun, aku tidak penah marah secara berdepan. Itu sifat aku. Aku hanya mampu berdiam dan menyepi sehingga la pada bebaru ini, salah sorang rakan yg laen cuba memperbaikan semula hubungan ‘kawan’ itu. It was just too late. Aku tidak dpt menerima sebarang alasan di atas tindakan ‘rakan’ ku itu. Utk ‘dia’, biarkan aku bersendirian, dan jangan ambil tahu pasal aku dan jangan ganggu idop aku lagi. Utk rakan² yg lain, thnx for always being there for me whenever I need you guys. Untuk Misha yang sedang menjalani rawatan radioterapi, aku sentiasa mendoakan kesihatan & kebahagiaan ko. Jangan sesekali kau mengalah, sakit itu hanya salah satu daripada cubaan & dugaan idop.

Love Life - Perpisahan dengan sesorang yang pernah hadir dalam idopku pada awal tahun membuatkan aku bersendirian buat seketika selepas 6 tahun bersama (aku bukan mak janda la okek- berchenta je- title aku still CIK @ MISS- lom pernah mendirikan rumahtangga lagi). Segala pengalaman manis & pahit akan ku kenang sampai bebila sebagai pengalaman & pengajaran. Serik? Mungkin ya ..mungkin tidak…but currently I already have someone…..….

Goodbye.. Selamat Tinggal…


Life. Is. Colourful. To. Make. Our. Life. Wonderful.

No comments: