- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Aku Kehilangan Seorang 'Adek' Kesayangan

Sunday, March 26, 2006

Aku Kehilangan Seorang 'Adek' Kesayangan

LordRaptor @ Suhaimi B. Othman
11.08.1980 - 24.03.2006

24hb Mac 2006, tepat jam 2.30pm. Aku mendapat berita yang agak mengejutkan. Sedang aku dan juga rakan mengodek blogspot ini, di window mIRC ku berkedip. Aku diberitahu, 'adek' kesayangan aku, yang biasa memanggil aku dengan panggilan manja.."MUMMY" sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Aku terdiam. Ish, jangan la buat memain pasal mati nie, aku marah balik kpd si pemberitahu. Berkali kali aku tanya "serius? Betol?" Takkan la, baru je pagi tadi aku chat ngan beliau.
Aku mendapatkan kepastian. Kemudian aku mula sms rakan² yang mengenali beliau. Aduh, Sedey.
Beliau dikenali sbg LordRaptor @ Suhaimi Bin Othman, aku mengenali beliau daripada rakan² chat yang lain. Asalnye aku hanya mengenali Sabear sorang, aku terserempak dengan Sabear di Chinnois Bangsar, ditemukan kepada group bebudak chatting mIRC seperti Sugus, Misha_Mi, Maz dan lain-lain. Ketika itu, aku sudah pun berhenti chatting buat 2 tahun. Hidup ku tidak lagi dengan dunia virtual kerana aku baru mula bertugas selepas belajar dan ingin memulakan hidup baru (kununnye la). Lagipun, ada sebab² yang tersendiri mengapa aku menjauhi diri dari dunia internet. Setelah mengenali ahli-ahli kumpulan ini, aku tergerak hati, utk memasuki dunia chatting kembali.
7hb Julai 2002, aku kembali menapakkan taipan nakal ku di mIRC. Dan orang yang menolongku mendaftarkan nick Alis^SaRa78 adalah beliau. Beliau mengingatkan aku mengenai command² irc webnet, kerana sudah sedia maklum, aku lupa segala command yang ada. Beliau datang ke rumah lama ku bersama rakan yang lain, tolong settingkan PC, siap dengan disket script ( ala zaman dulu pakai disket lagi la...lom ader thumb drive ).
Itu bahagian PC, mmg biasanye PC ader masalah, beliau yang tolong repair atau buat la aper² yang patut. Di hujung minggu plak, hah.... masa utk bersuka ria. Setiap kali hendak kuar malam, terpaksa la 'mummy'(aku) dan 'daddy' (Sugus) menanti beliau bersiap.Kiterorang tunggu la dalam kete, sementara nak menunggu beliau bersiap, sikat rambut yang panjang ketika itu, nak bermake-up dan pelbagai la. Rasanye tetiap ujung minggu, kiterorang kuar sesama pi clubbing bersama ahli-ahli kompolan yang lain. Bole tahan ramai la ahli-ahli masa tuh, sampai kekadang kalo duduk kat kedai mamak, mau tak kena maki mamak tuh, pasal kusi kena carik. Order makanan, woOOo, beliau mesti duduk ujung. Sampai la pada suatu masa, beliau memperkenalkan sesorang kepada kami. Ewah, katanye beliau jumper kat ORANGE. Kiterorang skodeng dari dalam kete, tingat lagi, masa tuh depan cc beliau yang kat pudu, sebuah kereta proton putih, penoh ngan gadis², maka, kuar la sorang gadis yang comel. Fuh....mummy & daddy menengokkan ajer 'anak' sorang nie mengorat gadis tepi jalan. Selepas tu, setiap minggu la beliau bersama kami dengan gadis tersebut, pasangan bahagia selain daripada 'daddy & mummy' ek??
Kekadang bila 'daddy & mummy' bosan, kami mencari beliau. Ajak lelepak. Memana pun jadi la, janji lepak sesama. Pastuh gelak sesama, nanges pun sesama. Banyak kenangan kiter bersama ek. Main bola antara #KL & #uitm, itu la agaknye kali pertama beliau bermain bola sepak. Termengah-mengah beliau mengejar bola.
Last sekali aku 'menculik' beliau, sampai ke ipoh. Aku memaksa beliau bersama gadis tersebut menemani ku ke Ipoh. Muekekekekeke, paksaan tuh. Tapi beliau sorang adek yang prihatin, beliau tidak sanggup melihat aku nie naik bas sesorang, kerana beliau tau aku bukan biasa naik bas nie. Beliau ngan gadis tersebut menemani utk berjumpa rakan baik ku, Misha_Mi & juga pada masa itu, aku mempunyai 'buah hati' di Ipoh. Huhuhuhu, terbongkar plak rahsia aku. Buah hati pengarang jantung ku, Incik P, bekerja di Ipoh. So, selang minggu, aku pi Ipoh, selang minggu laks, dia datang KL, kalo berkesempatan atau berkemampuan. Semasa di Ipoh, aiyak, aku teringat lagi, pas check in hotel, perot memasing berbunyi. Pi makan kat pizza hut rasanye di Ipoh nu, pastuh jejalan..gi jumper nick ANTU. Malam tuh, Misha_Mi kepenatan, terpaksa la kami pulang ke bilik hotel awal. Aiyak, kenangan lagi, beliau merajuk la plak ngan gadis tersebut. Sorang duduk kat lobby hotel, sorang duduk kat kusi luar bilik hotel. Apersal ntah pun tatau la. Aku try gak pujuk dedua nie. Arghh...sampai aku terlelap la. Last² aper ntah jadinye aku pun tatau. Blur aku. Itu la kenangan yang sangat aku hargai, beliau sanggup menemani aku ke mana saja aku pergi, biler beliau diperlukan.
Selepas kembalinya dari Ipoh, beliau menyepikan diri.Beliau sebok mencarik keje baru katanya. CC tempat beliau bekerja sudah ditotop. Aku terserempak ngan beliau masa beliau bekerja sebagai promoter comforter di Ampang Point. Sempat juga la aku membeli satu set comforter dari beliau pasal aku nie mmg kaki koleksi comforter la gamaknye. Kemudian, beliau dan gadis beliau, selalu melawat aku kat umah. Rajin sungguh mereka ini melawat aku pada masa itu.
Last sekali aku berchatting bersama beliau bebaru nie, mengenai email, kerana nick Alis^SaRa78 ku didaftarkan di bawah email beliau. Aku ingin menukar password nick. Aku sembang² seperti biasa. Tetiap malam juga la aku nampak nick beliau, tegor menegor. Bercerita apa² yang patut. Kekadang aku menyakat beliau, kerana kerap kali beliau tersalah window. Opss...dier terkantoi la. Pastuh mula la beliau mengelabah, 'sorry mummy..sorry.. silap window'. Sblom kejadian, aku masih lagi berchatting bersama beliau. Merancang ingin bertemu dalam masa yang terdekat, kerana beliau merindui anak kawan karib ku.Nak menom²..lelepak ngan rakan-rakan baru ku di #hankypanky, aku ingin perkenalkan mereka salah sorang 'adek' kesayangan ku.
Kini...dan selamanya. Kenangan...hanya tinggal kenangan. Semoga roh beliau berada di kalangan orang-orang yg beriman. May God Shines His Blessing Upon You Always. May You Rest In Peace ( RIP)