Sunday, March 26, 2006

Aku Kehilangan Seorang 'Adek' Kesayangan

LordRaptor @ Suhaimi B. Othman
11.08.1980 - 24.03.2006

24hb Mac 2006, tepat jam 2.30pm. Aku mendapat berita yang agak mengejutkan. Sedang aku dan juga rakan mengodek blogspot ini, di window mIRC ku berkedip. Aku diberitahu, 'adek' kesayangan aku, yang biasa memanggil aku dengan panggilan manja.."MUMMY" sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Aku terdiam. Ish, jangan la buat memain pasal mati nie, aku marah balik kpd si pemberitahu. Berkali kali aku tanya "serius? Betol?" Takkan la, baru je pagi tadi aku chat ngan beliau.
Aku mendapatkan kepastian. Kemudian aku mula sms rakan² yang mengenali beliau. Aduh, Sedey.
Beliau dikenali sbg LordRaptor @ Suhaimi Bin Othman, aku mengenali beliau daripada rakan² chat yang lain. Asalnye aku hanya mengenali Sabear sorang, aku terserempak dengan Sabear di Chinnois Bangsar, ditemukan kepada group bebudak chatting mIRC seperti Sugus, Misha_Mi, Maz dan lain-lain. Ketika itu, aku sudah pun berhenti chatting buat 2 tahun. Hidup ku tidak lagi dengan dunia virtual kerana aku baru mula bertugas selepas belajar dan ingin memulakan hidup baru (kununnye la). Lagipun, ada sebab² yang tersendiri mengapa aku menjauhi diri dari dunia internet. Setelah mengenali ahli-ahli kumpulan ini, aku tergerak hati, utk memasuki dunia chatting kembali.
7hb Julai 2002, aku kembali menapakkan taipan nakal ku di mIRC. Dan orang yang menolongku mendaftarkan nick Alis^SaRa78 adalah beliau. Beliau mengingatkan aku mengenai command² irc webnet, kerana sudah sedia maklum, aku lupa segala command yang ada. Beliau datang ke rumah lama ku bersama rakan yang lain, tolong settingkan PC, siap dengan disket script ( ala zaman dulu pakai disket lagi la...lom ader thumb drive ).
Itu bahagian PC, mmg biasanye PC ader masalah, beliau yang tolong repair atau buat la aper² yang patut. Di hujung minggu plak, hah.... masa utk bersuka ria. Setiap kali hendak kuar malam, terpaksa la 'mummy'(aku) dan 'daddy' (Sugus) menanti beliau bersiap.Kiterorang tunggu la dalam kete, sementara nak menunggu beliau bersiap, sikat rambut yang panjang ketika itu, nak bermake-up dan pelbagai la. Rasanye tetiap ujung minggu, kiterorang kuar sesama pi clubbing bersama ahli-ahli kompolan yang lain. Bole tahan ramai la ahli-ahli masa tuh, sampai kekadang kalo duduk kat kedai mamak, mau tak kena maki mamak tuh, pasal kusi kena carik. Order makanan, woOOo, beliau mesti duduk ujung. Sampai la pada suatu masa, beliau memperkenalkan sesorang kepada kami. Ewah, katanye beliau jumper kat ORANGE. Kiterorang skodeng dari dalam kete, tingat lagi, masa tuh depan cc beliau yang kat pudu, sebuah kereta proton putih, penoh ngan gadis², maka, kuar la sorang gadis yang comel. Fuh....mummy & daddy menengokkan ajer 'anak' sorang nie mengorat gadis tepi jalan. Selepas tu, setiap minggu la beliau bersama kami dengan gadis tersebut, pasangan bahagia selain daripada 'daddy & mummy' ek??
Kekadang bila 'daddy & mummy' bosan, kami mencari beliau. Ajak lelepak. Memana pun jadi la, janji lepak sesama. Pastuh gelak sesama, nanges pun sesama. Banyak kenangan kiter bersama ek. Main bola antara #KL & #uitm, itu la agaknye kali pertama beliau bermain bola sepak. Termengah-mengah beliau mengejar bola.
Last sekali aku 'menculik' beliau, sampai ke ipoh. Aku memaksa beliau bersama gadis tersebut menemani ku ke Ipoh. Muekekekekeke, paksaan tuh. Tapi beliau sorang adek yang prihatin, beliau tidak sanggup melihat aku nie naik bas sesorang, kerana beliau tau aku bukan biasa naik bas nie. Beliau ngan gadis tersebut menemani utk berjumpa rakan baik ku, Misha_Mi & juga pada masa itu, aku mempunyai 'buah hati' di Ipoh. Huhuhuhu, terbongkar plak rahsia aku. Buah hati pengarang jantung ku, Incik P, bekerja di Ipoh. So, selang minggu, aku pi Ipoh, selang minggu laks, dia datang KL, kalo berkesempatan atau berkemampuan. Semasa di Ipoh, aiyak, aku teringat lagi, pas check in hotel, perot memasing berbunyi. Pi makan kat pizza hut rasanye di Ipoh nu, pastuh jejalan..gi jumper nick ANTU. Malam tuh, Misha_Mi kepenatan, terpaksa la kami pulang ke bilik hotel awal. Aiyak, kenangan lagi, beliau merajuk la plak ngan gadis tersebut. Sorang duduk kat lobby hotel, sorang duduk kat kusi luar bilik hotel. Apersal ntah pun tatau la. Aku try gak pujuk dedua nie. Arghh...sampai aku terlelap la. Last² aper ntah jadinye aku pun tatau. Blur aku. Itu la kenangan yang sangat aku hargai, beliau sanggup menemani aku ke mana saja aku pergi, biler beliau diperlukan.
Selepas kembalinya dari Ipoh, beliau menyepikan diri.Beliau sebok mencarik keje baru katanya. CC tempat beliau bekerja sudah ditotop. Aku terserempak ngan beliau masa beliau bekerja sebagai promoter comforter di Ampang Point. Sempat juga la aku membeli satu set comforter dari beliau pasal aku nie mmg kaki koleksi comforter la gamaknye. Kemudian, beliau dan gadis beliau, selalu melawat aku kat umah. Rajin sungguh mereka ini melawat aku pada masa itu.
Last sekali aku berchatting bersama beliau bebaru nie, mengenai email, kerana nick Alis^SaRa78 ku didaftarkan di bawah email beliau. Aku ingin menukar password nick. Aku sembang² seperti biasa. Tetiap malam juga la aku nampak nick beliau, tegor menegor. Bercerita apa² yang patut. Kekadang aku menyakat beliau, kerana kerap kali beliau tersalah window. Opss...dier terkantoi la. Pastuh mula la beliau mengelabah, 'sorry mummy..sorry.. silap window'. Sblom kejadian, aku masih lagi berchatting bersama beliau. Merancang ingin bertemu dalam masa yang terdekat, kerana beliau merindui anak kawan karib ku.Nak menom²..lelepak ngan rakan-rakan baru ku di #hankypanky, aku ingin perkenalkan mereka salah sorang 'adek' kesayangan ku.
Kini...dan selamanya. Kenangan...hanya tinggal kenangan. Semoga roh beliau berada di kalangan orang-orang yg beriman. May God Shines His Blessing Upon You Always. May You Rest In Peace ( RIP)

Thursday, March 16, 2006

Genting Highland- My Sweetest Memory ( Part 1 )

Tarikh 10-12 Mac memang aku takkan lupa. Memori bahagia bersama rakan-rakan hankypanky. Seramai 11 orang termasuk diri ku menyertai rombongan ke genting. Wah.. sehabis saja kerja tengahari tuh, aku bergegas balik ke rumah. Aku belom membuat aper² persediaan langsung. Beg pun lom kemas. Baju sehelai pun tak ambik lagi. Kelam kabut tengahari tuh aku mengemas dan tepon kengkawan. Sapa yang naik bas, sapa yang naik kete, semua lom diketahui.Aku tepon Tuna a.k.a ketua tun deng.... Tuna katanye bawa kete. Hah...bole aku tumpang sekaki. Al-maklum la, aku nie ader masalah pundi kencing sket. Selalu sangat nak melawat jamban kan. Ngan barang makanan yg berplastik-plastik lagi. WooOo..takkan aku nak bawak naik putra..pastuh bas...pastuh cable car. Mau tak tergolek aku bawak mende² tuh sumer. Aku pandang teddy bear bila mengemas, perlu tak aku bawak bebear kesayangan aku? Aku tepon 'dia', nak bawak bebear buleh? Arghh...dier kata...buruk perangai kalo dah tua bawak bebear...jgn bawak la...karang dier majuk. Aisehman, aku pun letak bebear balik ke atas tilam, aku usap..aku pelok..ciom....bebear tido sesorang ek, nanti aku balik, aku gomol ko. Alahai sedeynye nak tinggal bebear kesayangan. Aku kemas barang keperluan, sumbat dalam beg. Aku turun ke lobby, tunggu Tuna plak.Tepat kol 3, Tuna sampai. Dier pesan beli rokok sesiap, pasal rokok kat genting mahal. Pi ambik 'dia', kemudian ambik Aze laks kat pandan jaya. Woo..makcik nie.. lamanye dier nak bersiap. Sekali tgk beg dier, cam nak larik dari umah laks. Ber-beg beg dier bawak. Siap ngan beg keje! Sleeping Beg pun ader. Kiterorang tepok dahi memasing. Perghh makcik nie. Dah gerak pun lambat, sampai pun lambat la ek. Singgah kat Projet- menjamu menom petang, makan nasik lemak ikan masin sambil menom kopi panas. Beli rokok, beli air mineral bak disuruh oleh presiden kelab. Sepanjang perjalanan ke Genting, memasing tgh pikir, apa ektibiti yang hendak dibuat, nie la dier....mmg nak pi jalan sungguh, aper pun tak plan. Dah la jalan ke genting tuh mengerikan paler utak aku, seb baek paler aku tak penin. Dalam pukul 5-6, sampai kat depan Ria Apartment. Dari jauh, macam apartment tak terurus. Aku call Shuwen, tak berangkat laks phone. Camner nak masuk apartment nie. Kiterorang dah sampai kat bawah. Apa ke mende la makcik sorang nie buat sampai tak angkat phone ek?? Roper²nye tgh bersantai di dalam bilik air. Giler lama nak tgu dier jawab phone. Dah naik beku dah kiterorang lepak kat lobby. SejOk nye! Terasa angin² sejok menusuk ke tulang. Punye la tinggi apartment. Kiterorang dapat apartment yang kat tingkat 14. Nomot apartment 14406, bebetol sebelah lift ( ambek nomot tuh..bole gi beli nomot ekor). Dah masok bilik, letak beg baju, bebarang makan letak kat dapor. Rehat kejap, Shuwen plak lapo katanye. Ajak sumer pi makan. Adeh Shuwen nie, aku baru nak bermanja-manja di atas katil selepas montot ku kebas duduk dalam kete lama sangat, dah diajak berjalan la plak!

Sunday, March 05, 2006

Sepagi Di Hotel Concorde


Adeh....kepenatan selepas bersuka ria semalam. Berjalan-jalan di KLCC.... Lepas Dinner... Karaoke plak dah....
Karaoke- lama tak pi karaoke melalak.... seronok nye tgk kengkawan melayan lagu. Sampai ada yang cam terkuar anak tekak, nyanyi lagu rock...bapak nye rock... sampai bergegar bilik. Miakakakakakakakakaka...... Karaoke sampai 3jam. Aduh...ada satu lagu tuh..orang tuh nyanyi... wa wa wa...lagu peberet....

Haruskah Diuji - Farish
Mungkin - Anuar Zain
My Baby You - Marc Anthony

Tapi ada satu lagu....fuh....terkedu aku dengo la plak...lagu last.... dier nyanyi khas utk aku...
waaaaaaaaaaaa....aku tidak bersalah.....

Jujur- Radja

Pas karaoke.... kekononnye nak gi membasahkan tekak kat LOTUS la...sekali dah siap parking...
dah nak duduk kat kusi....dapat laks panggilan tepon....
waaaaa.....pi hotel concorde tgk live band.... fuhyooo...lama tak jejak kaki kat area tuh... aku ditegah jejak kaki ke disko².... sudah bertahun rasanye tak bersosial ke tmpt camtuh...
Layan fresh lime juice sambil tgk live band.... tgk awek² seksi...tgk pakwe² hensem... orang² tua tak sedar diri.... sumer jenis manusia ader kat dalam tuh... duduk plak depan stage...
fuh...mengugat keimanan sungguh tgk awek² seksi nie.... memacam aksi..memacam style dierorang menari.... yg cam bersilat...berkungfu sumer lengkap...
Tgk Live Band sampai kol 3....masa nak balek...uikk..terserempak ngan musuh la plak...cepat² aku larik...kang sok lusa kuar plak citer lain... sesia rosak periuk nasi aku... aku tunjuk kat dier.. itu la dier Datuk A & Datin N.... tuh la manusia yg suker mengaco periuk nasi aku...

Balik umah teros tido.... Lega.... tido ngan senyuman...kerana aku seronok dan juga gumbira melihat rakan² ku seronok...

Thursday, March 02, 2006

Maafkan KepergianKu


Artist: Ruth Sahanaya
Song: Maafkan kepergianku
Tak ada lagi kata yang terucap
Jangan ada lagi tetes air mata
Di saat kepergianku
Untuk Selamanya
Maafkan caraku ini
Yang tak ingin kau terluka
Karena diriku terlalu mencintaimu
Maafkan kepergianku
Yang inginkan kau bahagia
Tanpa diriku untuk selamanya
Lagu mungkin hanya sekadar sebuah nyanyian yang kedengaran di corong-corong radio. Tapi lagu nie mmg aku suker kerana menggambarkan sesuatu agak sukar aku pahami sendiri. Lirik lagu ini amat sesuai utk keadaan diri aku skrang. Aduh, pilu & sayu menyelubungi diri ini.
Akhirnya, aku pergi. Pergi meninggalkan segala-galanya yang pernah aku miliki. Aku tidak sanggup lagi melihat rakan² ku disakiti kerana aku.
Utk dier yang pernah aku sayangi, maafkan kepergianku. Terima kasih kepada semua kenangan manis yang penah kau berikan padaku selama ini. Aku sempat menyampaikan apa yang harus aku sampaikan padamu pada beberapa hari yang lepas, mungkin aku sudah jangka... bahawa aku terpaksa pergi. Aku cukup takut jika aku tidak sempat, aku tidak mahu terlambat memberitahu, mana tahu, mungkin aku akan terus menyepi.
Untuk rakan-rakan yang sentiasa di sisi ku tika waktu bahagia & duka, terima kasih kerana memberi sokongan di kala aku memerlukan kalian. Sekali lagi, maafkan kepergianku.