- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: Over The Hedge

Monday, May 29, 2006

Over The Hedge

Sekali lagi, aku pi tengok wayang semalam bersama Smurf, Akish, Udin & Tuna. Pepagi lagi aku dapat sms smurf. Smurf kebosanan duduk kat umah. Sian dier, aku pun ajak kuar ke KLCC. Sambil aku chat ngan Udin kat irc, aku call Tuna. Aku sms sumer rakan² berharap sesapa yang dah bergaji tuh bole kuar. Aku sampai ke KLCC, aku lepak tepi kolam dulu isap okok sambil menikmati keindahan alam yang direka oleh manusia di taman KLCC tersebut. Ramai nye manusia kat taman nie kalo ujung minggu esp biler cuti skolah. Pelancong² berposing ambik gambo, dan rombongan skolah dari luar bandar pun bole tahan ramai. Aku..seperti biasa, kekadang tergelak dalam hati, aper la yang ader kat KLCC nie. Ari² aku lalu, aku tengok. Takder mende menarek dah bagi aku kat KLCC nie. Kalo nak makan pun aku rasa dah payah, pasal takder yg menepati selera napsu makan aku. Aku tunggu smurf kuar dari toilet. Kedian, lepak kat Gloria Jeans seperti biasa. Aku mintak air Pina Colada ( campuran nenas & air kelapa) yang menjadi kesukaan aku biler lepak kat Gloria Jeans, dan smurf plak meminta hot tea. Akish menyusur, ngan ala² pakai sporty yg kekununnye nak pi gym pun sampai. Sesembang, gegelak, bagaikan nak pecah perot. Sejam plak pastuh, Tuna & Udin pun sampai. Aku terpandang sesuatu 'keindahan' ciptaan Tuhan. Ouch~! Mat Salleh yang tgh berdiri tuh tak zip suar. Atoi atoi, aku dah terbeliak mata. Dah tuh, tak pakai undies laks. Aku bisik kat tinger Smurf, aku gelak, dan aku bisik kat tinger Akish memaklumkan aper yang aku nampak tadi. Aku & Akish tergelak cam nak rak. Eww~! Akish terlepas pandang. Rugi, rugi. Tuna & Udin bercadang nak tengok The Da Vinci Code, tapi memandangkan aku ngan Smurf plak dah tgk citer tuh, kiterorang nak tgk Poseidon laks. Tuna & Udin berbalah ngan aku & Smurf. Last² untuk memuaskan sumer pihak, keputusan dibuat, sumer pi tgk OVER THE HEDGE. Sampai kat depan konter TGV. Fuh... almaklum, barisan beratur mmg panjang tak hengat, berputau putau aku tgk. Nie kalo nak beratur, mau tak bosan giler. Sekali lagi, utk memuaskan hati sumer kengkawan, mari kiter beratur beramai-ramai. Miakakakaka, bengong sungguh semalam. Punye ler dengki, biar sumer beratur sesama beli tiket. Aku di depan, diikoti ngan Tuna, Udin, Akish & Smurf. Naib Presiden aku menerajui barisan membeli tiket, Presiden Smurf laks kat blakang menjaga barisan. Kohkohkohkoh~! Bile nak sampai ke konter, aku teros kasik duit kat Tuna. Nah Tuna, ko beli tiket, jangan ambek seats depan sangat, dan jangan blakang sangat laks, tengah² tau~! Pesan aku kat Tuna. Sambil Tuna membeli tiket, aku ngan Udin pi beli menoman & cikedis. Sblom wayang dimulakan, mari kiter isap okok sebatang dulu. Karang bosan kat dalam takbole isap okok. Masok dalam panggung, carik seats, pandai gak Tuna nie pilih seats. Bebetol tengah dier ambek. Cantek... Akish duduk sebelah tepi, Smurf, Aku, Udin & Tuna. Alkisah Over The Hedge, mesti besh citer nie.
Tapi biar la aku kasik sipnosis jer pasal citer nie. Pada aku, aku sker citer nie. Sbb citer nie mengenai keakraban sebagai kawan atau kawan yang dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Kesanggupan kiter untuk menyelamatkan kawan² yang dilanda kesusahan. Walaupun terselitnya agenda tersendiri utk kepentingan diri sendiri di permulaan cerita nie, tapi akhirnya, keutamaan tetap diberi kepada kawan².
Di dunia ini, kiter bukan hidup sorang. Kiter berkawan & bermasyarakat. Kiter datang dari latar belakang yang berbeza. Kaum, bangsa & agama yang berlainan. Aku sedar aku adalah kaum minority di Malaysia nie. Tapi aku bahagia dengan memiliki sekumpulan rakan² yang memahami & menghormati aku sebagaimana aku juga berbuat demikian. Aku akan cuba mempertahankan hubungan yang ader skrang nie agar berkekalan sampai bebila.