Tuesday, May 30, 2006

Stick With You

I don't want to go another day, So I'm telling you exactly what is on my mind. Seems like everybody is breaking up. Throwing their love away. I know I got a good thing right here. That's why I say, Nobody's going to love me better, I must stick with you forever. Nobody's going to take me higher, I must stick with you. You know how to appreciate me, I must stick with you. My baby, Nobody ever made me feel this way, I must stick with you.
I don't want to go another day, So I'm telling you exactly what is on my mind. See the way we ride. In our private lives, Ain't nobody getting in between. I want you to know that you're the only one for me. And now, Ain't nothing else I can need. And nowI'm singing 'cause you're so, so into me. I got you, We'll be making love endlessly. I'm with you Baby, you're with me. So don't you worry about, People hanging around. They ain't bringing us down, I know you and you know me, And that's all that counts.

Monday, May 29, 2006

Over The Hedge

Sekali lagi, aku pi tengok wayang semalam bersama Smurf, Akish, Udin & Tuna. Pepagi lagi aku dapat sms smurf. Smurf kebosanan duduk kat umah. Sian dier, aku pun ajak kuar ke KLCC. Sambil aku chat ngan Udin kat irc, aku call Tuna. Aku sms sumer rakan² berharap sesapa yang dah bergaji tuh bole kuar. Aku sampai ke KLCC, aku lepak tepi kolam dulu isap okok sambil menikmati keindahan alam yang direka oleh manusia di taman KLCC tersebut. Ramai nye manusia kat taman nie kalo ujung minggu esp biler cuti skolah. Pelancong² berposing ambik gambo, dan rombongan skolah dari luar bandar pun bole tahan ramai. Aku..seperti biasa, kekadang tergelak dalam hati, aper la yang ader kat KLCC nie. Ari² aku lalu, aku tengok. Takder mende menarek dah bagi aku kat KLCC nie. Kalo nak makan pun aku rasa dah payah, pasal takder yg menepati selera napsu makan aku. Aku tunggu smurf kuar dari toilet. Kedian, lepak kat Gloria Jeans seperti biasa. Aku mintak air Pina Colada ( campuran nenas & air kelapa) yang menjadi kesukaan aku biler lepak kat Gloria Jeans, dan smurf plak meminta hot tea. Akish menyusur, ngan ala² pakai sporty yg kekununnye nak pi gym pun sampai. Sesembang, gegelak, bagaikan nak pecah perot. Sejam plak pastuh, Tuna & Udin pun sampai. Aku terpandang sesuatu 'keindahan' ciptaan Tuhan. Ouch~! Mat Salleh yang tgh berdiri tuh tak zip suar. Atoi atoi, aku dah terbeliak mata. Dah tuh, tak pakai undies laks. Aku bisik kat tinger Smurf, aku gelak, dan aku bisik kat tinger Akish memaklumkan aper yang aku nampak tadi. Aku & Akish tergelak cam nak rak. Eww~! Akish terlepas pandang. Rugi, rugi. Tuna & Udin bercadang nak tengok The Da Vinci Code, tapi memandangkan aku ngan Smurf plak dah tgk citer tuh, kiterorang nak tgk Poseidon laks. Tuna & Udin berbalah ngan aku & Smurf. Last² untuk memuaskan sumer pihak, keputusan dibuat, sumer pi tgk OVER THE HEDGE. Sampai kat depan konter TGV. Fuh... almaklum, barisan beratur mmg panjang tak hengat, berputau putau aku tgk. Nie kalo nak beratur, mau tak bosan giler. Sekali lagi, utk memuaskan hati sumer kengkawan, mari kiter beratur beramai-ramai. Miakakakaka, bengong sungguh semalam. Punye ler dengki, biar sumer beratur sesama beli tiket. Aku di depan, diikoti ngan Tuna, Udin, Akish & Smurf. Naib Presiden aku menerajui barisan membeli tiket, Presiden Smurf laks kat blakang menjaga barisan. Kohkohkohkoh~! Bile nak sampai ke konter, aku teros kasik duit kat Tuna. Nah Tuna, ko beli tiket, jangan ambek seats depan sangat, dan jangan blakang sangat laks, tengah² tau~! Pesan aku kat Tuna. Sambil Tuna membeli tiket, aku ngan Udin pi beli menoman & cikedis. Sblom wayang dimulakan, mari kiter isap okok sebatang dulu. Karang bosan kat dalam takbole isap okok. Masok dalam panggung, carik seats, pandai gak Tuna nie pilih seats. Bebetol tengah dier ambek. Cantek... Akish duduk sebelah tepi, Smurf, Aku, Udin & Tuna. Alkisah Over The Hedge, mesti besh citer nie.
Tapi biar la aku kasik sipnosis jer pasal citer nie. Pada aku, aku sker citer nie. Sbb citer nie mengenai keakraban sebagai kawan atau kawan yang dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Kesanggupan kiter untuk menyelamatkan kawan² yang dilanda kesusahan. Walaupun terselitnya agenda tersendiri utk kepentingan diri sendiri di permulaan cerita nie, tapi akhirnya, keutamaan tetap diberi kepada kawan².
Di dunia ini, kiter bukan hidup sorang. Kiter berkawan & bermasyarakat. Kiter datang dari latar belakang yang berbeza. Kaum, bangsa & agama yang berlainan. Aku sedar aku adalah kaum minority di Malaysia nie. Tapi aku bahagia dengan memiliki sekumpulan rakan² yang memahami & menghormati aku sebagaimana aku juga berbuat demikian. Aku akan cuba mempertahankan hubungan yang ader skrang nie agar berkekalan sampai bebila.

Sunday, May 28, 2006

Cuti Ku Bermula

Yahoo! Cuti ku sudah bermula. Sonok tak hengat laks aku rasa kali nie biler dah cuti. Balik kampung. Ohh hoooo, balik kampung. Hati girang. Tapi aku tak balik kampung la kali nie. Mak pak aku ader kat brunei sedang bercuti. Dierorang laks sebok bercuti daripada aku yg tgh bercuti takder keje nie. Rasanye mak pak aku skrang ader kat Bintulu. Sepupu kesayangan aku Isaac Stalin nak menikah. Aisehman, Isaac dah nak menikah, umur dier braper tahun muder dari aku, kiterorang membesar sesama, tapi camner laks budak nie menikah dulu dari aku. Langkah bendul sungguh dak hingusan nie. Tapi, biar la, dah rezeki & jodoh dier sampai. Nanti la aku kasik hadiah kat ko ek Isaac, akak kesayangan ko nie tgh sebok ngan ektibiti² cuti. Bukan taknak pi tgk ko nye wedding, tapi kang aku pi, aku sekali laks menikah depan paderi, I DO , I DO. Mau aku tak nie kejOng kalo balek KL ngan title MRS. ( Miakakakakakakakakakakaka)
Bukan aku tatau sumer impian korang kat saner, tingin nak tgk aku jadi isteri orang kan, terutamanye isteri 'orang tuh'. Eiiiii....ngeri. Baek aku balek bulan Julai nanti sambil pi tgk Rain Forest Festival.
Minggu lepas, hari Sabtu, aku dilanda kebosanan yang teramat lar sangat. Aku geguling kat umah. Nak online aku dah malas, pasal aku dah rasa takder yang menarek perhatian aku langsung dalam dunia virtual nie. Nak kuar laks, kengkawan sumer tgh sebok ngan mende ntah. Aku pun ngan benggong nye tgk tv, meminta la aku bole tetido. Tapi dah aku nak tido camner, aku langsung tak ngantuk, penat pun tidak. Sekali, hah.... Mr Smurf sms, "weh, aku beli tiket wayang lebey, mai ar datang tgk ngan aku." Waaaaaaaaaa..besh nye. At last ader orang ajak wat ektibiti menarek yang lama aku dah tak buat, TENGOK WAYANG (bukan buat wayang ek). Kihkihkihkih~! Smurf ajak tengok Mission Impossible 3. Fuh, aku dah beli dah CD nie, tapi tak berkesempatan lagi nak tgk kat umah. Memanjang jer aku sebok. Apa lagi, aku pun bersiap, teros menuju ke KLCC.

Mission Impossible 3, aku sker Tom Cruise. Bole tahan citer nie. Tapi tengkuk aku saket biler kena duduk row yang ke-3 dari depan. Mau tak teleng paler aku nie kalo selalu duduk row depan kat dalam panggung wayang. Jejarang aku tak tido kalo tengok wayang. Kebiasaannye, aku akan tetido kalo tengok wayang nie. Tapi memandangkan takder bahu sesapa untuk dipinjam, aku terpaksa gak lar tegakkan paler aku. Dah tak lentok, aku pun kena concentrate tgk wayang. Takkan aku nak pinjam bahu Smurf laks, mau tak aku kena tempeleng ngan smurf. Muekekeke, layan jer lar citer nie. Takyah aku tgk cd kat umah.


Cuti aku yang sebenarnye sudah bermula Jumaat lepas, 26hb Mei 2006. Tengahari lagi aku dah balik umah. Keja² yang sepatutnye dah siap. Tapi kengkawan laks wat hal, kerja aku yang sepatutnye dierorang siapkan, tak sesiap. Arghhh...hangen gak aku. Keje dierorang, aku siapkan. Nie bahagian aku, dierorang tak siapkan plak. Camner aku nak wat keje masa cuti? Aku balik umah, aiyak... elektrik laks takder. Aku baru berangan nak tido petang sepuas-puasnye. Dah aku takbole tido sebab kepanasan. Aku geguling cam biasa, tatau nak wat mende dipetang hari. Aku mula la rasa badmood, panas hati, saket ati, sumer lengkap lar kemarahan aku. Bila kepansan melanda badan, mood aku swing sesangat. Sekali lagi, Smurf sms.

Smurf : Ko tgh watper?
Aku : Aku tgh baring, bosan. Ko watper?
Smurf : Aku pun bosan. Tgh carik port nak makan. Dah bosan dah nie.
Aku : Ko carik la makanan dulu. KLCC tuh kan banyak food court.
Smurf : Aku bosan dah nie.
Aku : Ok..ok. Apa kata aku pi sana? Pastuh kiter tengok wayang. Ko pi usha Da Vinci Code jap.
Smurf : Ok. Jum Jum.



Tuh la dier smurf. Seb baek la aku nie duduk Desa Pandan. Dekat la juge ngan KLCC. Kalo aku duduk Gombak ke aper, mau nye aku wat bodo jer walaupun ko kebosanan. Aku pun bersiap, menuju ke KLCC. Lunch kat Coffee Beans ngan Smurf. Tuh la kali kedua aku jejak kaki kat Coffee Beans, sepanjang idop aku. Aku bukan tak sker ngan Coffee Beans, tapi aku tatau aper yang menarek kat Coffee Beans nie. Aku ngan Smurf gegodek menu. Lapo nie, tapi tatau nak makan aper. Tibai jer la. Pas lunch a.k.a menom petang, teros pi tgk wayang.
Alamak, luper beli air. Mau tak kehausan duduk dalam panggung. Nie la Da Vinci Code yang tingin aku nak tgk. Dengar member² citer, film nie ader sket terpesong mengenai agama aku. Nie yang wat aku ader sket tak puas hati, kena tengok gak walau camner sekali pun. Camner laks Jesus ( Nabi Isa ) ader waris nie. Karut marut la citer nie. Seb baek wayangjer. Kalo tak, mao tak terpesong gak paler utak aku. 2 jam setengah duduk kat dalam panggung, montot pun keras, haus pun ye, pastuh sangap pun ader, pasal tak isap okok. Tambah lagi ngan sejOk, ish.. ader gak aku pelok si smurf nie kang. Aku selit tangan kat celah smurf. Smurf... sejok. Uwaaa... aku ingatkan tak sejOk, tapi camner arinie bole sejOk plak. Biasanye takder lar sejOk kalo pi tgk wayang kat KLCC nie, pasal ramai orang.
Dah abes tgk wayang. Aku pun balik. Smurf pun balik. Aku apa lagi, bantai tido lar kat umah.

Sabtu, kengkawan tmpt keje ajak pi maen bowling. Wah, cuti baru bermula, ektibiti aku dah memacam. Tengok wayang la, maen bowling la. Besh besh. Rosydi call aku dari pagi lagi ajak bowling. Azrul laks sebok nak jumper aku. Nie aper kena ngan dierorang nie. Takkan dah bosan kot. Beriya sangat nak cuti, tapi cuti baru jer bermula, memasing dah kebosanan. Tuh la korang, orang cuti balik kpg. Korang mende menganga kat KL nie. Sian korang, kerana kelas tambahan benggong tuh, dah takbole nak balek kpg awal ek. Takper, berkhidmat utk negara, mendidik anak bangsa tak kira waktu, terpaksa mengorbankan masa cuti. Jumper Rosydi & the gang kat Flamingo. Azrul pun menyusur. Selepas kepenatan mencampak bola bowling sebanyak 5-6 games, tangan aku pun dah lembek, aku pun balik umah seperti biasa, AKU TIDO KEPENATAN!

Thursday, May 18, 2006

Rindu Bayangan

Bila Ku Kenang, Ku Renung Gambar Wajahmu. Kisah Yang Lalu Tak Akan Berulang lagi. Lupakan Saja Cerita Lama. Usah Dirayu Pada Yang Tak Sudi. Janganlah Dinanti Pada Yang Telah Pergi. Hanya Luka Lamakan Berdarah Kembali. Kini Kecewa Tidak Terkata. Mengapakah Itu Disebut Lagi. Apalah Yang Hendak Di Kata. Sudah Suratan Takdir Yang Menentukan. Ooh..oh..Inilah Ragam Manusia. Manis Di Bibir Pandai Bermain Lidah. Berputar-Putar Membelitkan Kata-Kata. Hanya Linangan Air Mata Yang Menitis. Pada Bayangan Di Angin Lalu. Membisikkan Kata Rindu Bayangan.
*gambar hanya sekadar hiasan.

Makin Aku Cinta

Caramu Mencintaiku, Menjauhkan kecurangan. Seperti bintang, Yang setia pada bulan. Memegang kukuh janji, Menemani aku sampai mati. Terpasung hati, Tulusmu mendampingi diriku.
Makin aku cinta, Cermin sikapmu yang mampu, Merendam rasa keakuanku (Mengerti, memahami cinta). Caramu memanjakan ku. Kau rujuki kesejukan pagi. Memasung hati. Tulus aku, memasrahkan diri. Jangan pernah terbesit hati. Meragukan kesetiaan yang tercurah. Aku dan dirimu ditakdirkan satu. Langit jadi saksi.

Friday, May 12, 2006

F.R.I.E.N.D.S

People sometimes say, "My Friends Are Heaven Sent". But how often are this friends found on the net? You may not believe me but if you listen you will see because it happened to me.
It happened in a short time but they never told a single lie. They are true blue and they are among the very few. This friends did what true friends do.
At first this people had no face. But I knew they had very strong and big heart and of course without a doubt it created a bond that will never ever keep us apart..
They opened up their home and made me see there is so much more. They knew I was hurting in so many ways and helped me to realize that they will always be there to guide me through the bad days. I am so happy I felt the embrace and saw the beauty and love of my true friends face.
I love you my friends, you have a heart of gold and you are the true meaning of the word "Friends". I am truly blessed to have found you and I thank God, because you my friends are, "Heaven Sent".

Monday, May 08, 2006

L.O.V.E

I'm talkin' bout love. All my girls stand in a circle and clap your hands this is for you. Ups and downs highs and lows no matter what you see me through. My boyfriend he don't answer on the telephone. I don't even know where the hell he goes. But all my girls we're in a circle and nobody's gonna break through
L,O,L,O,L,O,L.O.V.EL,O,L,O,L,OL,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Did you hear me say
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,OL,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
I'm talkin' bout love, say you'll be my girls for life. Girls for like. Oh hold off I need another one. I think you do, you do too. Grab my bag, got my own money. Don't need any man in this room. My boyfriend, he'll be calling me now anytime. I need all my girls to keep him off my mind. So hold up we need another one. What we got is all good.
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
Did you hear me say
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,LOL,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
I'm talking bout
L,O,L,O,L,O,L.O.V.E
L,O,L,O,L,O
I'm talkin' bout love
I'm talkin' bout love
Love is an energy, love is a mystery. Love is meant to be true. Love is a part of me, love is the heart of me. Love is the best thing we do.

Saturday, May 06, 2006

Caramu-Niki Maharani

Langkahmu yang menggoda, Gayamu mempesona, Jelaslah kau jatuh cinta kepadanya.
Malang kau hanya dianggap fantasi atau jelmaan. Di dalam angan-angan yang dia ciptakan.
Dalam khayalan kau rupawan.Selama-lama kau didamba. Namun hakikat kau sering saja dipergunakan.
Caramu dan caranya berbeza. Ini semua permainannya. Baik lupakan saja kerana kau. Jika bersama dia hidupmu kan sengsara. Berkali-kali telah ku ingatkan.
Langkahmu makin dekat padanya. Ingin menjerat akalmu pasti lena dibuai katanya. Telah ku kenal si dia. Yang hanya pandai berpura. Memikat dan menawan mangsa 'tuk' diperdaya.
Dia janjikan kemewahan. Dan perkahwinan keindahan. Namun hakikat kau sering saja dipergunakan.
Tak sanggup ku lihat kau derita. Menurut segala mahunya. Kau keliru dan kau tersiksa. Cintamu hanya dipersia.