- Wonderful Life By Colourful AlisSaRa: August 2008

Wednesday, August 27, 2008

Gifts For My Fwens

Voucher Manjakan Badan

Arinie aku jejalan sekejap kat Ampang Point. Aku gi membayo segala bil². Sedang aku jejalan itu, aku tgk ada promosi spa² or saloon. So, memandangkan aku nie agak sker memanjakan badan aku yg lemau ini, aku pun membeli la voucher yg valid sampai 1hb November. Aku nye agak mahal la sket, pakej nye Body Mask & Scrub, Herba Sauna, Massage & Milk Bath dengan rega RM150. Giler murah, so aku sambar la.
Di sini aku ingin mengumumkan kepada rakan² wanita terapat ku, aku ingin memberi hadiah besday kalian utk tahun nie.
Senarai Besday kekawan ku,
1. Shuwen - 15 Sept
2. Siti Kotak - 19 Sept
3. Ann @ Temah - 21 Okt
4. Misha Mi @ Zura - 23 Okt
5. Mai @ Ukane - 28 Nov

*Utk Ezna... aku terpaksa tukarkan hadiah laen la sbb beliau mengandung. Tidak sesuai utk dapatkan voucher ini. Ezna, aku kasik ko hadiah laen la k?

Kalian mendapat voucher manjakan badan anda dari saya. Pakej ini termasok Body Scrub and Mask. Dan anda perlu memilih satu lg acara badan yg diingini, antaranya
1. Herba Sauna
2. Relaxing Facial
3. Tummy Wrap

Ingat...anda pilih hanya 1 antara 3 di atas.

Selepas itu, kiter bole dapat Fish Spa Secara Pree! Hadiah bole dituntut selepas kiter semua memilih tarikh dan masa yg sama utk bersuka ria di Spa. Tidak dibenarkan pergi seorang diri. Hahahahahaha.....
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , ,

Monday, August 25, 2008

I Hv A New 'Hosmet'

Yehaaa...senyum sampai tinger
I Hv A New 'Hosmet' @ 'Toy'

Kihkihkih.. Thanx To Ann & Koko Sbb Temankan Aku Petang Tadi..

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels:

Wednesday, August 20, 2008

Games & Holidays

Games Yg Terdapat Dlm
http://ov.cematrix.net


Mintak maap la kekawan. Biler cuti je, aku mmg maen games. Dah nak camner, kaki games mmg gini kot. Duniya nak terbalik ke aper, games tetap kena maen. Celik mata je game, nak totop mata pun game. Mimpi pun game. Mandi pun pikir cam nak counter balek points orang laen. Wlpun assignments ku berlambak, harus aku main games. Kasik Kejar itu points. Sesuai utk sumer lapisan masyarakat. Sila pakai Mozilla Firefox & pastikan browser anda ada flash, k? Kalau guna Firefox tapi takde flash nanti dia auto detect suh install terus.
Mari kiter lawan!!!!!!
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels:

Monday, August 18, 2008

Me & My Skin

To all my readers & frens
Sempena Besday aku yg 30th, I would love to reveal few things about myself which I think you guys should know about it - mana yg tak penah jumper aku lagi la k. Parts of the real me. Bukan meraih simpati sesiapa, tapi aku takmao some of you terkejot bila bertemu ngan aku oneday. Kiter nie kan bloggers, mana la tau, kiter nak wat perjumpaan ke aper kan. Blogger yg penah jumper yg aku kenal dari blog, aku bole kira ngan jari. Senarai yg aku penah jumper personally,

1. a male blogger (gone with the wind )
2. Incik Kos (gi open house dier..and makin hari makin rapat plak ..opsss...)
3. Cikgu Wiween (well..bukan kenal dier dari blog, kenal dier since mIRC lg, tp sejak blogging nie rapat ngan dier... baru lar terbukak hati nak jumper)

4. RedMummy (jumpe sbb nak ambik tiket kuntilanak..and aku nak pass hadiah besday beliau)


see...
only 4. Lelaen yg aku jumper tuh, bukan aku kenal dierorang dari blog. Hahaha, dierorang mmg aku kenal sblom aku & dierorang berblogging. And some of them aku kenal di luar dulu then dierorang ada blog. Kiranya bukan aku kenal dari blog la ok?? Aku mmg takot nak jumper orang. Seriously, no joke. Kes aku pi umah Incik Kos tuh pun aku pikir berpuluh kali. Seb baek ada Cik Ann & Incik Koko yg sudi meneman. Aku ada masalah dalaman bila nak jumper orang baru. Masalah dalaman itu wujud sejak aku kecik lagi. Aku malu ngan keadaan diri aku. Aku malu nak berdepan ngan orang sometime, tak kira lelaki ke pompuan. Aku takot orang tak terima seadanya keadaan diri aku. Naper? Kerana aku tak dilahirkan seperti orang laen. Ewah, cam alien la ko. Hiks, aku bukan alien. Now let me tell you why.

1. I'm an Autosomal Recessive Congenital Ichthyosis patientAku dilahirkan dengan salah satu penyakit kulit kering. Jgn risau. Jika ko sentuh aku pun, takdenye nak berjangkit. Korang nampak tak kulit aku yg tak cantek itu? Kulit aku yg kering dan kekadang mengelupas. Ada petak² kat tangan aku, dahi aku (sbb tuh aku pakai bandana) to cover up the ugliness. Aku pun tau malu la! Miakakakakakaka. Aku tidak bole berpanas. Kalo berpanas, kulit aku akan menjadi merah & aku rasa mao pitam. Kulit aku menyerap haba kerana aku tidak mempunyai liang peluh. Biasanye aku elak daripada berpanas, tp time pegi bercuti di tepi pantai, aku peduli haper, panas pun panas la! Pengsan pun ada kekawan tlg angkat pi spetal. Aku tidak bole berada di dalam bilik ekon terlalu lama. Sekali lagi, kulit aku menyerap sejok, sampai biru² kuku & bibir aku. Kulit aku akan menjadi terlalu kering & tegang juge dalam ekon. Susah aih nak idop, panas takbole, sejok pun takbole. Pepandai ajer lar aku meng-ejas diri dalam sumer keadaan. Kalo korang nak ajak aku kuar, jgn lar ajak lepak tmpt panas k? Aku kenot go. Aku takbole, aku kan puteri lilin.

Copy paste dari http://www.geneclinics.org/profiles/li-ar/details.html
Although most neonates with autosomal recessive congenital ichthyosis (ARCI) are collodion babies, the clinical presentation and severity of ARCI may vary significantly, ranging from harlequin ichthyosis, the most severe and often fatal form, to lamellar ichthyosis (LI) and nonbullous congenital ichthyosiform erythroderma (NCIE). Although these phenotypes are now recognized to fall on a continuum, the phenotypic descriptions are clinically useful for clarification of prognosis and management. Infants with harlequin ichthyosis are usually born prematurely and are encased in thick, hard, armor-like plates of cornified skin that severely restrict movement. Life-threatening complications in the immediate postnatal period include respiratory distress, feeding problems, and systemic infection. Collodion babies are born with a taut, shiny, translucent or opaque membrane that encases the entire body and lasts for days to weeks. LI and NCIE are seemingly distinct phenotypes: classic, severe lamellar ichthyosis (LI) with dark brown, plate-like scale with no erythroderma and NCIE with finer whiter scale and underlying generalized redness of the skin. Affected individuals with severe involvement can have ectropion, eclabium, scarring alopecia involving the scalp and eyebrows, and palmar and plantar keratoderma.

Yes, aku dilahirkan tidak cukup bulan. My mum terbersalinkan aku awal. Seperti ibu lain, my mum juge terkejot bila doktor mengatakan aku dilahirkan dengan sedikit kelainan, nak² lg aku nie adalah 1st baby-nya. Anyway, aku tak penah tanya mummy apa perasaan dier bila dier melihat aku for the 1st time. As far as I concern, aku dimasokkan ke dalam incubator selama berbulan.
Aku membesar sbg kekanak laen wlpun aku ada kelaenan. Cuma, few things yg aku takbole lupa sampai skrg. Aku digelar anak ular. Saper kasik gelaran itu? Yesza, kekawan skolah. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. I dun have many close friends. Orang takot nak berkawan ngan aku. Even ada few mothers, tak kasik anak² dierorang kawan ngan aku. Takot berjangkit katanye. Kerana statements gitu, my mum selalu nanges. Hari² aku balik sekolah, aku nanges. Till one time, my mum pegi ke skolah, merayu pada cikgu² supaya bgtau kat bebudak laen jgn ejek aku. Agaknye mmg dari kecik aku jenis tatau malu, aku tetap pegi skolah ngan muka selamber, tp tang tghari je, aku nanges la. Takder kawan kat skolah. Aku tak penah salahkan kekawan zaman kecil ku, sbb dierorang bebudak kan, apa la yg depa tau. Tp kalo dah sekolah menengah tuh, mmg melampau la mengejek aku gitu. Aku diejek dikeji kerana kulit aku. Balik umah, ngadu kat mummy, mummy kata blajo elok², tunjuk kat orang that aku bole survive juge seperti orang laen wlpun aku laen.
Lucky me, aku ada keluarga yg very supportive. I hv a mother that dun bother what ppl said abt her only daughter. Wlpun aku laen, aku tetap dihantar ke skolah sampai peringkat yg tertinggi. Kalo orang laen, aku rasa dierorang dah sorok dah anak dierorang dalam umah (anda setuju?). Aku survive macam orang laen survive. Apa anak orang laen dapat, aku dapat. Apa anak orang laen blajo, aku blajo. Aku dapat secukupnya dari yang sepatutnya.

To My Family
Thanx so much to my beloved mum, my dad & 2 brothers. My mum is a strong woman. Coz of them, I can live till today. Mereka tidak pernah malu dengan kelainan aku. Esp to my both of my brothers, aku tau kekadang mereka juga diejek kerana mempunyai sorang kakak yg lain. Selalu juge mereka bertumbuk ngan kawan kerana back-up aku. Pantang dierorang dengo aku diejek, konpom dierorang gi carik and tumbuk. Hiks, besh dapat adik camtu.

To all my frens
Thanx for accepting me for what I am. Terima kasih kerana kamu semua tidak geli untuk berkawan ngan aku, sentiasa bersama di kala naek turunnya idop aku.

To all my kids ( my pupils)
Thanx kerana salam & cium tangan gurumu yg tidak cantek ini. Kekadang aku menanges seorang diri, kerana anak² ini penah menanyakan, 'cicer, kenapa tangan cicer camnie?' Wlpun mereka bertanya, tp mereka tidak penah lupa utk ciom tangan aku setiap hari.

To all men yg penah singgah dalam idop ku (special men la k)
Thanx for all the loves & cares. Wlpun hanya sementara dan sekejap, aku menghargai segala kenangan terindah itu. Mekaseh kerana sanggup berjalan di sebelah aku & berpimpin tangan. Mekaseh juge kerana tidak malu utk memperkenalkan aku sbg *tut* di depan kekawan mu. (sumer kesah lama aih... skrg aku single...)

Namun Ku Punya Hati (Iklim)
Senyumku tak seghairah
gerak gaya tidak selincah
mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu
namunku punya hati
juga gayaku perasaan
hidupku yg begini
kadar waktu di izin Tuhan
tidakku pinta lahir kedunia
tidakku duga cacat begini
bukanku minta kasih dan sayang
bukan ku rayu bantu simpati
maafkan wahai teman
kumenumpang disudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua

Sudah 30 tahun aku berjalan on the street with my dry skin. I have what I want. I hv good life. Thanx to all again who are always with me. Most gambo yg aku post previously, aku edit, sbb tuh la tak nampak kelainan kulit aku. Kerana kulit aku camnie gak, aku single sampai arinie. Terima la hakikat itu Cik Reen. Muekekeke. Aku sedar saper diri aku.
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , ,

Saturday, August 16, 2008

Tq All

Entry Besday Wish Utk Aku Dari Incik Kos Yg Hensem & Seksi

Sila Layari Blog Incik Kos
& Baca Komen² dlm Entry Khas Tersebut, huhuhuhu

Di bawah plak aritu nye Klip
Surprise Birthday Party For Me & Laura

And Terselit La Apa Aku Wish Sblom Aku Meniup Lilin
Terkejot & Mulut ku Mmg Cam Burung Murai



Miakakaka...Larik..
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , ,

Friday, August 15, 2008

I'm 30 Already!

Wah. Umur aku sudah meningkat masok ke angka 30. Tak sangka plak, dalam umur yg 30 nie aku tetap menten comel & single gitu. Hahahaha. Gediknye statement. Takder sambutan aper kerana aku takmao la sambut pada 15th, sbb datok aku meninggal pada tarikh yg sama pada 2 tahun lepas. Kalo nak sambut pun, ari laen la. Gedebance bole, belated pun bole, janji not on the actual day.
Anyway, last Sunday nite, Incik Kos telah membuat satu kejotan yg hampir membuatkan aku jatuh hati (jantung aku pun nak jatuh sbb terkejot la ) dan mengalirkan air mata. Thanx so much to Incik Kos for the cake and the makan² at his house. Woh, terharu tau! Dah lama takder besday cake utk aku. Sedey je kan? Mekaseh gak utk sumer AJK Stacy's Frenz yg sesama menyambut hari jadi ku. Love You All. Utk kekawan ku yg laen, nanti la aku wat makan² k? Tp not in my house, kiter wat kat luar lar time aku ada duit yg terlebey. Jgn lupa, hadiah utk aku yg sudah mencecah 30 ini. Kalo korang nak kasik aku gelaran ANAKDARATUA pun aku terima, janji ada hadiah.

Cake yg Incik Kos kasik Aku
Sekali lg, Mekaseh Kos!!!!! Ailebiu la for the cake. Sgt sedap.
AnakDaraTua meniup lilin.
Besday Cake Laura
Me & Laura
Incik Kos buat surprise besday party khas utk aku & Laura. Uhuks, so sweet kan?

Happy 30th Birthday To Myself

Memandangkan aku lom menerima sebarang hadiah, inilah wishlist aku
1. seorang lelaki bernama suami ( perlu ke? )
2. anak bernama baby (celah mana nak cekau)
3. lense & flash utk Nicky (sendiri kasik sendiri je la)
4. tv beso flat screen ( simpan duit beli sendiri gak la)
5. PSP ( sendiri kasik sendiri utk x-mas akan datang )
6. Mainan ( oOO.. mainan ada gegaran..hiks..Bole teka? Ann je yg tau..sbb dah usha kat sg wang)
*Jgn layan ini wishlist..sumer merepek.. miakakakakaka

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , , ,

Monday, August 11, 2008

Malam Akad Nikah

Sabtu mlm lepas merupakan hari bahagia wat kawan baik ku, Shuwen & Elboone. Aku ngan kepenatan, pegi gak lar umah Wen yg kat ujung duniya di Gombak itu. Utk Wen, aku sanggup kerah tenaga kecil aku. Ngantuk jgn citer la kan.
Sampai umah Wen je tgk dier dah siap. Wahhh... dier sungguh cantek! Rasa nak mengalir air mata aku tgk Wen. Gumbira + sedey ar. She is so damn pretty malam tuh. Kiterorang kekawan nie aper lg lar kan, gegolek lar dalam bilik dier. Bergurau senda ngan anak dara yg bakal menamatkan zaman bujangnye.

Muka Shuwen Yg Nebes
Sesabar la, jap lg ko jadi bini orang dah.
Katil Pengantin Yg Serba Baru
Sgt cantek wokey! Ai Laik~
Duit Hantaran Utk Shuwen
Pergh, kiterorang nak pengsan tgk jumlah duit hantaran dier. Mengalahkan artis la ko nie Wen.Lafaz Akad Nikah
Ayahanda Shuwen Menikahkan Sendiri Anak Pompuan Tunggal (anak tunggal juge k) Kepada Elboone Tan. Sekali lafaz je weh. Dasat ar Elboone ni!
Shuwen Sebak
Mengalirkan air mata gumbira sbb kekawan datang. Ko giler ke aper? Kalo kiterorang tak datang, aku tau ko konpom meraung meroyan dalam bilik.
Kami
Aisehman. Pengantin lelaki takder plak dalam ini citer. Mai & Udin tak datang sbb dedua demam tahap tenok. We were happy to see them menikah.

Credit to Siti for all the pictures. Mekaseh Siti...

To Be Continued ... lagi byk lagi..dan lagi..

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: ,

Sunday, August 10, 2008

My Best Fwen Wedding

Me & Shuwen

Elboone & Shuwen

To Be Continued

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels:

Thursday, August 07, 2008

Diablo III Coming Soon

Perhaps the most interesting going on in the world of Cybergame now is the upcoming Diablo III. It is an action role-playing game currently in development and the third installment of Blizzard’s Diablo franchise. It was unveiled on June 28, 2008 at the 2008 Blizzard Entertainment Worldwide Invitational in Paris, France.

STORY

The game takes place in “Sanctuary”, the dark fantasy world of the Diablo series. This world was saved twenty years prior by a handful of unnamed heroes in Diablo II. Warriors that survived the onslaught of the armies of the Burning Hells have gone mad from their ordeals, and it is up to a new generation of heroes to face the forces of evil threatening the world of Sanctuary. Players will have the opportunity to explore familiar settings such as Tristram.

The only confirmed NPC is Deckard Cain, who has appeared in both of the previous games. Cain’s journal on the official site brings players up to speed on the events of the first two games.


CHARACTERS

As stated on the official site, there will be 5 different classes, the two confirmed ones being the Barbarian and the Witch Doctor.

The Witch Doctor will be a new class. They can summon undead monsters, but without the need of dead bodies like the Necromancer. They appear to be a mixture of the Necromancer, the Druid and an alchemist, with some skills also reminiscent of the Warlock from World of Warcraft, such as Terrify and Mass Confusion. While these are old Necromancer skills, they seem to be a bit more potent now.

The Barbarian makes a comeback from Diablo II as the straightforward brute-force fighter, with some new abilities as well.

GAMEPLAY CHANGES

The entire quest system has been revamped. Along with the main storyline quests, there will be character specific quests as well as random adventures - mini quests generated randomly on the map.

The player can explore almost the entirety of Sanctuary. The outdoor environment has been left unspoilt for 20 years and looks more like a fantasy setting. The dungeons are still randomized but the random map generator has undergone an overhaul.

The game now incorporates the Havok physics engine and enables players to utilise the environment to help in their quest. For example, huge walls can be reduced to rubble to squash monsters by the Barbarian skill Seismic Slam. Even monsters use the environment which was demonstrated by Ghouls scaling the walls to reach the Barbarian.

Potions have lesser importance because of globes. Whenever a monster is killed, a life or mana globe is left behind. If a player picks it up, it acts like the generic health and mana potions. If there are other players nearby, it replenishes them too.

In co-operative play, loot is dropped for individual players. So, one player cannot see what the other gets. This was done to encourage trading between players in a group and reducing thievery.

Similar to the characters, the NPCs are also more lively and will have interesting backstories. The gameplay video showed the Barbarian communicating to Deckard Cain in a new interface. The player characters have also been given more interactivity and are able to chose conversation options while conversing with NPCs. The characters have unique voices and will reveal their own backstory in conversation.

Here are some of the game play videos…






Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , ,

How To Flirt

Copy Paste From http://www.topdatingtips.com

Flirting is fabulous, flirting is fun, flirting is giving out signals that we may be interested in someone, or we may be pretending. But within reason, flirting is part and parcel of our daily lives. Flirting can be harmful when it threatens fidelity but it can also be sexy and bring people closer together. Some people are good at flirting and some people hopeless.
Are you a flirt? If you are you know it and are secretly proud of the fact. It is sexy when you flirt and people like it. Flirting means giving people attention, it means, smiling, touching, whispering. In the right circumstances it is a powerful tool especially against the unwary. In the wrong circumstances it will get you fired. There is a gulf between flirting and unwanted sexual advances so beware.
It is useful to look at some of the key indicators of flirting and they can prove extremely useful when working out if the person across the table from you is interested. The one to keep your eye on the most is "mirroring". Mirroring is when someone copies your body movements whilst retaining eye contact. Its is one of the biggest giveaways there is.

Eye Contact

* Pupils are dilated and eye contact is maintained
* Eye contact combined with an arched eye brow
* Any form of winking
* Rapid eye movement and blinking
* Eye contact where the gaze is held longer than usual. Men normally look away.

Hair and Mouth

* Playing with hair in a stroking or toying motion
* Eye contact whilst playing with hair
* Touching your hair at any time
* Lots of smiling, open mouthed and teeth flashing
* Lip licking
* Puckering lips in a simulated kiss form
* Any form of touch of the lips or teeth with tongue

Body Movement

* The thrusting of chest or breasts outwards whilst holding your gaze
* The copying of your posture - mirroring
* Holding your gaze whilst moving to music
* Using a posture with legs crossed towards you
* Leaning in towards you whilst holding your gaze
* Open legged posture facing you
* The display of flesh of arm or thigh

Touching

* They will want to touch you and will reach out to do so with some excuse
* They will offer to place food in your mouth as if feeding you
* They will play with their hands and then with yours

The Way they Speak

* Their tone and speed of conversation mirrors your own
* Lots of laughter and questioning tones
* In a group, you are singled out by this person for attention even in general conversation
and questions. This happened to me in New York and I was taken aback how obvious it was.

The main thing to remember with flirting is that it is fun and so much more so when you are receptive to it and understand when it is happening to you. The best flirtatious moments will always take you by surprise.

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels:

Monday, August 04, 2008

Iklan Baek Punye

Punye la aku tgu dier satu petang, mlm baru dier BUZZ aku. Dah la aku mula stress, gelabah sbb ahli² kompolan aku dok push aku ttg assignments. Arghhh, geram. Ngadu lar kat dier, sekali dier kasik aku iklan² yg ntah haper² nie. Tergelak aku! OOo...again, u make my day brighter in the dark.
Pepek Semerbak
Hahaha. Pencuci Jamban. Semerbak ko!
Oral Me
Berus gg jenama oral me. Atoi..krem geraham aku!

Anak Sapa La Nie?
Memula aku tak perasan. Sekali tgk, aiyak. Miakakakaka


Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: ,

Sunday, August 03, 2008

Fish Spa

Aloha~ Petang tadi aku gi jumper Retna utk kasik sesuatu. Tak plan pun. Aku tgh cecuci rambut seperti biasa kat umah amoi depan umah, aku tingat yg aku perlu jumper Retna. So, aku sms la dier. Aku ajak dier makan kat Taiwan Noodles House Ampang Poen. Hihihi~ Point la.. tp aku dah biasa sebot Poen (locah? abaikan la kalo anda rasa begitu) Sesembang ngan Retna sampai sejam la kot, then kiterorang say bye bye. Aku plak mmg plan nak meronda. Takder lar plan nak menyopping, just sekadar mencuci mata. Sekali... kat blakang² sana aku jumper nie.....

Murah Kan??

My Kaki Yg Beso & Panjang - Kasut Size 8 Wokey!

Apa lagi, aku pun try la. Aku rasa murah seh. Sekali nye try, aku dok tambah masa, sbb ikan² nie taknak lari dari kaki aku. Geli tp besh. Dok rasa ikan nye molot nyonyot² kaki aku. Syiok layan. Ilangkan stress... stress tau ari² berjalan. Selesai sudah salah satu impian aku. Mmg dah lama aku nak try fish spa nie. Tp yg aku jumper, sumer nye aku rasa mahal sgt. Tak berbaloi je aku nak membayo kasik ikan tempek kat kaki aku nie kan. Sekali aku duduk, aku rasa kerana kaki aku, ada 5 ekor ikan mati la. Sian itu ikan², mati dek kekenyangan makan kulit mati kaki aku. Miakakakakakaka

Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: , , ,

Jgn Stress!

Sejak aku menjadi working adult learner (pelajar dewasa yg bekerja), aku blajo mende memacam dalam kelas. Salah satu subject yg aku hadap is Learning Skills. Hiks~ I love this subject. Lecturer dier besh, tmpt kuliah pun besh - ada ekon (kelas aku panas cam neraka je). Tiap kali subject nie, kiterorang kena bergerak ke bilik recital music- mass lecturing la gitu. Combine 2 kelas. Mgu depan dah masok mgu ketiga la aku away dari skolah kan, takyah mengajar. Idop sbg pelajar nie mmg syiok. Pagi bgn tido, sesiap then gi kelas. Pung pang pung pang, kuliah abes waktu petang. Balik umah, rehat, then blajo. Wahhhh... cam ye ye je aku nie pulun blajo. Padahal dok umah layan tv, layan games.
Pastu keesokan arinye, kawan² aku mesti tanya
*assignments dah start buat?
*dah baca buku?
Aku senyum je. It doesn't mean that aku tak watper utk kursus kali nie. Ofkos la memalam aku baca buku sambil wat mende laen. Aku tension biler orang dok tanya aku soklan² yg berat gitu pepagi kan. Itu bole menimbulkan stress tau (bak kata lecturer aku la)! So far so good. Aku lom mengalami stress. I'm coping well with the learning. Having a little bit of enjoyments. Making new frens in the new environment. Kalo tak, masa keje, ari² aku mengadap muka yg sama selama bertahun tahun (miakakakakaka).
Ekceli, nie aku nak huraikan sedikit sebanyak ttg masalah stress & cara² mengatasinya. Aku copy paste dari module aku tp yg sudah dialihkan bahasa- English To Bahser Rojak Buah Tambah Belacan. Nie sajer aku bikin so that aku ingat la aper aku blajo.

Sesetengah orang or kekawan aku, tertera di muka depa nie pepagi, yg dierorang nie stress. Sampai kelas je pulun baca buku. Pastu muka keriut. Ngan kamus kat tepi, tak cukup ngan kamus yg tebal, ada juge yg pakai kamus elektronik. Aku sekadar melihat sambil makan kuih & minum air soya. Buku aku tetap atas meja ye pepagi. Ready utk kelas. Yer, ramai yg stress. Aku stress? Aku takder lar stress sgt. Stress juge la bila memikirkan assignments yg bertimbun nie kan. Giler gak la tgk assignments yg ada 7 nie, then kena anto awal bulan 10. Oooo..tlg tlg. Tlg tgk je wokey? Seb baek aku ada sesorang itu, yg semalam tlg aku cari info utk assignments aku. Tidak la aku stress selepas dier kasik sumer info tru YM. Ya, dier sgt jauh, mampu menolong aku dan guide aku dari jauh. For me, thats good enuff, drpd aku tak mempunyai sesapa yg nak guide aku. Aku tak cam orang laen, orang laen ada suami/isteri, tunang & bf / gf utk memberi moral supports. Aku seseorang (sedey beno munyinya kan) mengharungi segala rintangan dalam pembelajaran ku ini.

Stress
Apa itu stress? Stress nie tekanan perasaan yg datang secara semulajadi dan menjadi sebahagian di dalam kehidupan kita. Badan & fikiran kita akan sedikit terjejas ketika mengalami stress. Terdapat 2 jenis stress- Stress yg positif & stress yg negatif.
Stress Yg Positif membantu kita agar menjadi lebih peka, mendorong kita untuk menghadapi cabaran seterusnya kita akan menyelesaikan masalah yg kita hadapi.
Stress Yg Negatif pula tindakbalas yang membuatkan kita akan melawan atau berundur.
Bagaimanapun, stress ini tidak bole dipandang ringan. Mari kita lihat apa dia simptoms stress ini.

1. Kemarahan Yg Melampau ( tetiber meletop cam gunung berapi)
2. Tumpuan terhadap sesuatu tugasan terganggu
3. Ketidakselesaan ketika berseorangan
4. Menarik diri daripada kekawan & masyarakat
5. Kekurangan keseronokan, kegumbiraan & semangat terhadap sesuatu
6. Pemikiran sentiasa ada buruk sangka (pemikiran negatip ar)
7. Tidak bole membuat sesuatu keputusan
8. Tidak bole bertolak ansur ketika membuat perbincangan

Korang ada mengalami salah satu simptoms di atas? Kalo ada, mari kita tgk camner nak menangani masalah stress ini.

1. 'Organise' diri korang
Mengatur masa utk segala ektibiti yg hendak dilakukan. Time management la nie. Ejas la memana yg patut.

2. Control persekitaran korang dengan control sapa dan apa yg ada di sekeliling korang
Bak kata lecturer aku, kekadang kekawan yg stress nie bole bikin kiter stress juge. Bukan tak bole berkawan ngan dierorang nie, tp cuba elakkan dierorang nie attack korang ngan soklan² yg bole bikin stress. Kalo rasa kenot go, tinggalkan ajer, sblom korang meletop cam gunung berapi. (jahat aku nie suh orang tinggalkan kawan, bukan aper tau, saper lg nak pikirkan ttg diri korang kalo bukan diri korang yg kena pikirkan ttg diri korang? - argh, berbelit plak. )

3. Buat yg terbaik utk diri korang
Penohkan otak korang ttg perkara yg baik² saja. Katakan BOLEH, Malaysia Boleh, Semua Boleh la. Jgn Plak pikir BOLEH BLAH

4. Hadiahkan sesuatu utk diri korang
Belilah sesuatu utk diri korang kalo korang bole menyelesaikan sesuatu masalah atau mencapai kejayaan terhadap sesuatu tugasan.

5. Eksesais selalu
Badan pun penting juge nie. Wat lar senaman ringan. Jgn wat senaman freestyle atas katil plak. Cam aku senaman atas katil pun buat, senaman ringan pun buat. Pepetang aku wat larian atas katil, pepagi aku wat larian kat tmpt blajo. Huh~ bapaknye luas. Menapak la ek. Pusing nye pusing mao tercabut paler lutut aku. Naik turun tangga segala. Tp aku tak stress la pasal kepenatan berjalan nie. Syiok gak, menghirup udara segar tetiap pagi sambil gegelek montot.

6. Relax
Jgn ribut² ye makcik², pakcik², abg² & kakak². Cuba la wat yoga ke, bertakafur ke, dengo lagu yg besh². Bersembang ngan orang yg tersayang pun bole relax kan? Tp kalo pasangan korang tuh yg wat korang lg stress, jgn sembang ngan dier tau. (hahahahaha)

7. Rehatkan diri korang
Jgn terlebey berehat sudah. Tido cukup². Orang kata seorang dewasa memerlukan sekurangnya 6-7 jam sehari utk tido. Cam baby plak kan. Ikot badan korang la. Janji badan tak mengalami ketegangan yg melampau. Kalo asyik keje keje keje, pastu badan penat otak penat, lg stress kan?

8. Jaga pemakanan
Elakkan memakan makanan yg mengandungi lemak & gula berlebihan. Jgn mengambil dadah atau alkohol. Caffeine pun jgn berlebihan. Kang mata terbeliak tp takbole nak menumpukan perhatian sepenohnya.

9. Seronokkan diri korang
Hepi je. Wat² hepi la gitu. Sonok ngan apa yg korang buat. Terima seadanya diri korang. Sesekali buat la sesuatu yg bole membahagiakan diri korang. Shopping ke, mancing ke. Mentido cam aku ke? Janji sonok la.... sonok sonok mmg besh.

Haaaaa.... gitu la caranya nak ilangkan stress. Aku main taram je pun. Aku baca² then translate ikot aku nye pahaman. Ideanye mmg ada, tp kalo bahser aku tunggang terbalik, maapkan aku la ek.

Sekian, mekaseh. (hihihihihi)
Life. Is. Colourful. To. Make. My. Life. Wonderful.

Labels: